'Teruknya result...' - Netizen bongkar pula result exam pelajar viral 2018 & 2019
Sumber gambar dari netizen / Facebook |
Benarlah kata orang, usah dipertikaikan kehebatan Bawang Rangers yang sentiasa berjaya mendapat maklumat tambahan apabila timbulnya isu hangat mengenai seseorang individu itu.
Dalam kes yang melibatkan guru merotan pelajar perempuan kerana memanggilnya 'pondan', sehingga meninggalkan kesan birat di lengan dan paha, netizen berjaya mendapatkan keputusan peperiksaan pelajar terbabit.
Umum mengetahui, identiti pelajar perempuan itu tersebar selepas gambarnya bersama salinan laporan polis dimuat naik di media sosial sehingga menampakkan namanya dan juga logo sekolahnya.
Hasil semakan netizen mendapati, keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Percubaan (UPSR) 2018, pelajar itu mendapat gred 'E' bagi keseluruhan subjek.
Sumber gambar dari netizen / Facebook |
Manakala keputusan bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2019, subjek Amalan Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Melayunya mendapat Gred F. Bagi subjek Pendidikan Seni Visual, dia memperoleh Gred B.
Dua subjek iaitu Bahasa Inggeris dan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan pula mencatatkan pelajar itu 'Tidak Hadir' (TH).
Secara keseluruhannya, keputusan pelajar itu tidak melepasi tahap penguasaan minimum sehingga guru kelasnya memberi ulasan, "Belajarlah bersungguh-sungguh."
Sumber gambar dari netizen / Facebook |
LAPORAN BERKAITAN
- 'Hukuman rotan adalah tidak dibenarkan untuk murid perempuan' - Timbalan Menteri Pendidikan
- 'Sebarang bentuk kekerasan ke atas murid haruslah ditolak sama sekali' - Maszlee arah PPD JB siasat video viral pelajar dirotan sampai berbirat
- 'Kata tak dapat angkat tangan, tu elok je main handphone?' - Pelajar dirotan sebab gelar cikgunya 'pondan', buat laporan polis
- (Video) 'You cikgu tak boleh buat macam ni, you memang salah!' - Ibu berang anaknya dirotan sampai berbirat kerana panggil cikgu 'pondan'
Post a Comment