(Video) 'Ini kedai yang curi ayam tu, tengok ayat dia 'segar halal dan suci'


Tiga lelaki ditahan polis kerana dituduh mencuri 400 ekor ayam mentah di sebuah kedai di pasar Taman Kempas, Sungai Petani dan menjualnya semula. 

Suspek berusia 21 dan 26 tahun itu ditahan di sebuah kedai memproses ayam di Guar Chempedak pada jam 6.30 pagi ketika sedang menyusun ayam yang dicuri itu untuk dijual. 

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, peniaga ayam mentah itu menyedari kejadian itu pada jam 4 pagi semalam selepas mendapati kedainya gelap, sedangkan lampu premis itu menyala ketika ditutup. 

Fius elektrik juga dicabut dan dipecah masuk sebelum menyedari ratusan ekor ayam mentahnya hilang. 

Semakan pada video kamera litar tertutup (CCTV) mendapati, tiga suspek bertopeng yang menaiki kereta pacuan empat roda berhenti di depan kedain sebelum mengambil bekalan ayam itu pada jam 2.58 pagi.


Hasil siastan polis menemui kenderaan yang disyaki digunakan oleh suspek untuk mencuri ayam mentah itu berada di sebelah kedai memproses ayam itu di Guar Chempedak. 

Pemeriksaan lanjut menemui 30 ekor ayam mentah berada di meja, manakala 15 ekor lagi di bonet belakang pacuan empat roda. Selain itu, 355 ekor ayam lagi berada di dalam dua tong ais kuning. 


Dua suspek terbabit mengaku mencuri ayam itu bersama dengan seorang lagi rakan mereka yang masih bebas. Semakan juga mendapati, salah seorang suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan menceroboh. 




Polis kini sedang giat mengesan suspek ketiga dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. 

Sumber: Harian Metro

No comments