Model 'webcam' buang 2 tayar dari tingkat atas, remaja perempuan cedera parah di kepala


Seorang model (tanpa seurat benang) webcam ditahan untuk siasatan selepas tindakannya membuang dua tayar kereta dari tingkat atas bangunan kediamannya ketika membuat video (dewasa) live, menyebabkan seorang remaja perempuan yang berada di tingkat bawah cedera. 

Dalam kejadian yang berlaku di Moscow, mangsa berusia 15 tahun itu mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

Video rakaman webcam menunjukkan suspek, Viktoria, 20-an yang tidak berpakaian membuang dua tayar kereta dari tingkap kediamannya. 

Difahamkan sebelum itu, penonton bertanya mengapa Viktoria menyimpan tayar terpakai itu di rumahnya. Viktoria menjelaskan tayar itu kepunyaan 'suaminya' dan dia sememangnya mahu membuang tayar tersebut. 

Mangsa
Beberapa penonton meminta dia membuang tayar itu dari tingkap dan Viktoria akur dengan permintaan peminatnya itu.

"Tengok sini, saya nak buang tayar ini keluar. Naikkan kamera tu," katanya kepada rakannya sambil ketawa selepas berbuat demikian. 

"Okey cukup, saya tamatkan video streaming ini," kata rakan Viktoria. 

Kes tersebut masih dalam siasatan polis. 

Sumber: Daily Mail

No comments