'Sampai berbuih mulut lembu, ada yang tersungkur sebab penat' - Netizen gesa pihak berkuasa Melaka hapuskan tradisi kereta lembu
Negeri Melaka, sebuah negeri yang tidak asing lagi untuk diceritakan tentang sejarah dan keunikan negeri tersebut. Tarikan terkini melalui gambar yang dimuat naik oleh Melaka Network, pengangkutan kereta lembu diangkat kembali dan dijadikan sebagai pengangkutan kepada para pelancong.
"Setelah sekian lama kelibat Kereta Lembu tidak kelihatan di Bandar Hilir. Akhirnya mereka kembali beraksi di Bandar Hilir. Salah satu produk pelancongan Melaka yang semakin dipinggirkan. Inilah warisan anak jati Melaka yang pernah menjadi ikon utama Negeri Melaka satu ketika dulu. Harap Kerajaan Negeri Melaka menyediakan tapak yang sesuai di bandar hilir atau kawasan sekitar."
Berdasarkan sejarah, kereta lembu merupakan pengangkutan tradisional yang menjadi lambang kemegahan negeri Melaka. Pengangkutan ini diperkenalkan oleh saudagar India ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 dan digunakan sebagai pengangkutan oleh orang kaya di Melaka.
Namun, usaha ini tidak dipersetujui oleh sebilangan netizen. Mereka beranggapan, tradisi ini sebenarnya membuatkan lembu-lembu itu terseksa. Bahkan ada yang mendakwa dia ternampak salah seekor lembu tersebut jatuh, berkemungkinan lembu tersebut sudah penat.
Tradisi ini bukan sahaja dilihat sebagai satu penyiksaan kepada binatang, malah memberikan impak juga kepada kebersihan jalan raya. Najis-najis lembu bertaburan di jalan raya.
— Liana (@miramarlianayob) June 23, 2019
ada terjumpa haritu and kesian gila tengok berbuih mulut semua aaaa pic.twitter.com/11b1gwbhxO— ♡ (@safiyaatiya) June 25, 2019
Netizen mengharapkan agar pihak yang berwajib meniliti kembali kesan dan akibat tentang usaha dan tradisi ini. Bermacam-macam lagi tarikan pelancongan yang boleh dibuat untuk menarik lebih ramai pelancong.
Sumber: HermyR
Post a Comment