Gempa bumi di Laut Banda gegar kawasan utara Australia, 7.3 magnitud


Gempa bumi besar dilaporkan telah melanda kawasan pantai utara Australia mencetuskan pemindahan di seluruh kawasan Darwin. 

Gempa bumi 7.2 magnitud berlaku di kawasan pedalaman Indonesia di Laut Banda pada Isnin. 

Menurut penduduk di Darwin, gempa bumi itu dilaporkan berlangsung lebih dari dua minit. 

"Rumah saya di Palmerston bergegar dan dinding belakang rumah retak," kata salah seorang penduduk di Twitternya. 

"Saya terus berlari keluar rumah, ia bergegar dengan begitu kuat," kata seorang lagi netizen. 


Gegaran kuat itu membuatkan orang ramai yang berada di dalam bangunan berlari keluar sebagai langkah berjaga-jaga. 

Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini berikutan gempa bumi tersebut. 

Menurut Biro Meteorologi, tiada ancaman tsunami dikeluarkan. 

Sumber: Daily Mail

No comments