'Bukan bapak kau yang bayar kereta!' - Isteri menangis semalaman dimarahi suami kerana calarkan sport rim baru


Tergamak seorang suami memarahi, membebel dan mengungkit perkara yang tidak sepatutnya hanya kerana si isteri membuatkan sport rim kereta barunya calar secara tidak sengaja. Isteri sudah menjelaskan mengenai apa yang berlaku, berbanding berdiam diri. Namun si suami masih tidak berpuas hati. 

SALAM min. Minta siarkan beserta gambar.

Semalam suami marah-marah dan cakap bukan-bukan sebab saya terlanggar batu dan calarkan sport rim kereta dia. Ye, dia baru dua minggu tukar kereta MPV, saya baru bawa hari ketiga semalam dah terlanggar batu. 

Lelaki ini kalau marah, dia tak menjerit tetapi ayat dia tu membuatkan saya menangis semalaman dan bersambung ke pagi ini. 

Officemate tanya kenapa mata bengkak. Bila saya cerita saya menangis lagi. Dia mengungkit, cakap saya guna kereta apa saja mesti akan kemek dan calar. Wallahi sumpah sepanjang tiga hari saya guna kereta dia, memang saya bawa dengan berhati-hati. Cuma semalam saja saya lalu jalan sempit, selepas ambil anak di rumah pengasuh. 

Selepas saya nampak batu jatuh je masa belok, saya terus menggigil ketakutan. Terfikir akan nasib saya apabila sampai di rumah nanti. 


Semua officemate cakap, "Kenapa you cakap dengan husband you? Diam sajalah". 

Ya Allah min, dah dia setiap pagi check kereta, setiap sudut, saya memang takkan sembunyikan hal macam ni. Dia cakap saya tak tahu macam mana susah mencari duit sebab saya kerja cuma ketuk-ketuk keyboard lapan jam, kemudian balik ke rumah. 


Dia tak tahu ke kerja saya ini menggunakan otak, balik nak berehat lagi, nak ambil anak-anak, nak memasak bagai. 

Semalam saya masak kari ayam kegemaran dia pun, dia tak jamah siki pun. Sebaliknya dia membebel-bebel marahkan saya. Siap cakap, "Bukan bapak kau yang bayar kereta, boleh lah!" 

Allahu min, bapa saya dah meninggal dunia dah. Kemudian dia kata dia tak nak hantar pengantin adik saya ke Pulau Pinang pada bulan Oktober nanti, malas katanya.

Allahu, saya buat bukan sampai kereta itu tak boleh berjalan, sedih betul. Saya pagi tadi dah tunggu Grab sebab tak nak bawa kereta dia, tak nak guna harta dia. Tetapi Grab tak ada, saya bawa juga kereta dia perlahan-lahan. 

Petang semalam pun nak beli durian sebab saya suka durian pun saya tak nak makan. Saya betul-betul kecil hati dibuatnya. 

Saya nak tanya, kedai mana yang boleh polish semula sport rim ini? Dah buat salah kan, beranilah betulkan. Berapa anggaran harga kalau polish di kawasan Johor Bahru?

No comments