Guru & pelajar dirotan berdamai, masing-masing akui kesilapan & mohon maaf
Keluarga pelajar dan guru yang terbabit dalam kes rotan sehingga berbirat kerana dipanggil 'Cikgu Pondan', akhirnya telah berdamai.
Exco Pendidikan Johor , Aminolhuda Hassan berkata, pertemuan di antara kedua-dua pihak itu berlangsung di PPD Johor Bahru pada jam 2.30 petang tadi.
Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak mengambil kesempatan untuk memohon maaf di antara satu sama lain dan mengakui kesilapan yang dilakukan.
Justeru, beliau menyeru agar semua sekolah dan warga pendidik di negeri ini sentiasa memahami peraturan sedia ada agar dapat mengawal tindakan dalam menangani disiplin murid secara tidak beremosi.
Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian
LAPORAN BERKAITAN
- Kes guru rotan pelajar perempuan hampir selesai, 2 pihak akan bertemu & berbincang
- Ibu kepada pelajar dirotan sampai berbirat tarik balik laporan, polis tetap teruskan siasatan
- 'Hukuman rotan adalah tidak dibenarkan untuk murid perempuan' - Timbalan Menteri Pendidikan
- 'Sebarang bentuk kekerasan ke atas murid haruslah ditolak sama sekali' - Maszlee arah PPD JB siasat video viral pelajar dirotan sampai berbirat
- 'Kata tak dapat angkat tangan, tu elok je main handphone?' - Pelajar dirotan sebab gelar cikgunya 'pondan', buat laporan polis
- (Video) 'You cikgu tak boleh buat macam ni, you memang salah!' - Ibu berang anaknya dirotan sampai berbirat kerana panggil cikgu 'pondan'
Post a Comment