Budak meninggal dunia selepas main tumbuk-tumbuk dengan bapa saudara (sindrom down)


Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Baling, semalam selepas bermain dengan bapa saudaranya di rumah di Kampung Bandar, Mukim Siong, Baling. 

Muhammad Azfar Qayyum Md Said, 6, didapati tidak sedarkan diri pada tengah hari semalam sebelum dibawa oleh bapanya ke hospital. 

Difahamkan, mangsa sebelum itu bermain dan bergurau dengan bapa saudaranya, Mi, 16, yang dikategorikan 'Sindrom Down' di dalam bilik pada jam 7.30 malam. 

Ahli keluarga yang melihat insiden itu menegur kedua-duanya yang kemudian berhenti sebelum menyambung semula. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Abd Fatah Abd Rahman berkata, berdasarkan keterangan ibu bapa mangsa, anak mereka berada dalam kesihatan walaupun terdapat kesan lebam di mukanya pada pagi semalam. 

"Ibu mangsa kemudian keluar bekerja sehinggalah dimaklumkan suaminya anak mereka tiba-tiba tidak sedar diri 12 tengah hari. 

"Muhammad Azfar kemudian dikejarkan ke Hospital Baling sebelum disahkan meninggal dunia 2.15 petang," katanya. 

Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lebam di kepala dan badan. 

Berikutan itu, bapa saudara mangsa ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat. 

Sumber: Harian Metro

No comments