(Video) Pramugari ditendang penumpang mabuk kerana enggan berselfie dengannya
Mangsa, Le Thi Giang, yang bekerja dengan Vietjet Air terdahulu telah merakam gambar selfie bersama tiga lelaki terbabit di Lapangan Terbang Tho Xuan, utara Vietnam.
Namun, apabila mereka mempelawanya sekali lagi untuk gambar selfie kedua, Giang menolak pelawaan itu dengan baik dan menjelaskan dia sedang bertugas.
Tiga suspek terbabit, Le Van Nhi, 41, Le Trung Dung, 34, dan Pham Huu An, 28, berang lalu menyerang Giang dengan menampar dan menendangnya sehingga terjatuh.
Klip video rakaman orang awam menunjukkan, salah seorang suspek menendang punggung mangsa yang ketika itu sedang menoleh ke tempat lain, menyebabkan Giang terjatuh.
Suspek turut mengancam rakan mangsa yang merakam video kejadian itu dengan telefon bimbitnya.
Rakan sekerja dan beberapa pegawai keselamatan datang ke tempat kejadian untuk mengawal keadaan. Malangnya, suspek bertindak menumbuk salah seorang pegawai berkenaan sebelum terjatuh ke lantai.
Ketiga-tiga suspek yang berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian itu telah ditahan dan dikenakan hukuman penjara di mana, Nhi dipenjara 3 tahun, Dung dipenjara 2 tahun 10 bulan dan An, satu tahun 10 bulan.
Sumber: Daily Mail
Post a Comment