'Saya tak dibenarkan derma darah sebab kriteria nombor 10' - Gadis kecewa hasrat tak kesampaian, ini penjelasan Doktor PDN


Menderma darah merupakan satu perkara mulia yang dapat mendidik sifat bertanggungjawab dalam diri individu. Dengan menderma darah, kita dapat menyelamatkan nyawa seseorang. 

Terdapat pelbagai keistimewaan jika menderma darah. Antaranya penderma darah diberikan rawatan percuma di klinik kerajaan dan kemudahan wad berdasarkan kekerapan menderma darah. Selain itu juga, dengan menderma darah dapat mengurangkan risiko penyakit seperti kanser, jantung serta pelbagai lagi kelebihan yang menyumbang kepada kesihatan tubuh badan.

Pasti dalam kalangan kita teruja dengan keistimewaan yang diberikan. Tetapi, tahukah anda, terdapat kriteria-kriteria sebagai penderma darah. Seperti yang dikongsikan oleh gadis ini di Twitter, dia tidak layak untuk menderma darah kerana pernah tinggal di United Kingdom. 

Berdasarkan laman web yang dikeluarkan oleh Pusat Darah Negara (PDN), kriteria kesepuluh menyatakan individu tidak boleh menderma sekiranya pernah tinggal di United Kingdom( England, Northem,Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan( terkumpul) atau lebih. Selain itu juga, individu yang pernah tinggal di Europe dari tahun 1980 hingga sekarang untuk temph 5 tahun( terkumpul) atau lebih.


Gadis ini juga mengutarakan pertanyaan kepada pihak PDN untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut. Melalui maklum balas emel, pihak PDN menyatakan laporan daripada WHO telah menyatakan terdapat beberapa bukti kukuh menunjukkan yang protein Prion (protein yang menyebabkan jangkitan “Mad Cow Disease”) boleh disebarkan melalui tranfusi darah dan terdapat wabak penyakit ini di UK dan benua Eropah pada tahun-tahun yang ditetapkan seperti di dalam kriteria penderma darah PDN.

“Oleh kerana tiada teknologi terkini yang membolehkan protein Prion ini dikesan melalui ujian darah di makmal, langkah terbaik yang disyorkan adalah mengelakkan mereka yang berpotensi untuk membawa atau 'dijangkiti' protein Prion ini daripada menderma darah mereka. 

“Oleh sebab itu, syarat kelayakan itu diguna pakai oleh seluruh Perkhidmatan Tranfusi Darah.” jelas Dr. Alvina Lau Voon Na.


Sumber: Huda Mahmud, Pusat Darah Negara

No comments