3 lelaki rosakkan produk Family Mart dibebaskan, tiada pertuduhan
Polis membebaskan tiga lelaki yang merosakkan makanan di kedai serbaneka, Family Mart Nilai, dengan jaminan polis.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, ketiga-tiga suspek dibebaskan semalam selepas tempoh reman berakhir.
Polis juga telah merujuk kes itu kepada Timbalan Pendakwa Raya dan tiada pertuduhan yang akan dibuat.
"Kesalahan yang dibuat sudah diambil tindakan reman untuk siasatan lanjut polis dan ia memadai," katanya, memetik laporan dari Harian Metro, Rabu.
LAPORAN BERKAITAN
Post a Comment