'Dia peluk saya untuk pujuk supaya jangan menangis' - 2 remaja didakwa 'mengunyit' atas motor tampil beri penjelasan


Susulan viral klip video dua lelaki yang didakwa melakukan aksi tidak senonoh di atas motosikal di Sungai Isap, Kuantan, Pahang, dua individu berkenaan tampil menafikan dakwaan itu dan menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

Difahamkan, dua remaja terbabit, Izzul dan Aliff, masing-masing berusia 18 tahun merupakan kawan karib sejak dari bangku sekolah.

Izzul mengakui bahawa dialah individu yang berada di atas motosikal itu dan menegaskan segala dakwaan yang dilemparkan terhadapnya adalah fitnah.

"Saya mengaku itu saya tetapi semua itu cuma salah faham dan hanya satu fitnah. Saya harap orang ramai tidak percaya dengan semua dakwaan itu.

"Sebenarnya, saya sedih sangat-sangat sampai menangis sebab kena masuk belajar jauh dari mak dan ayah. Kena hidup seorang diri, buat semuanya sendiri.

"Saya tidak yakin saya boleh buat semua itu. Saya tidak mahu menangis di depan mak dan ayah sebab saya tak mahu mereka bersedih. Saya mahu mereka gembira saja bila saya masuk belajar nanti.

"Masa itu saya sedih sangat-sangat sampai menangis. Jadi, Aliff peluk dan pujuk saya supaya tidak menangis supaya kuatkan diri. Aliff bagi kata-kata semangat pada saya. Itulah yang sebenarnya berlaku.

"Ini semua hanya salah faham dan fitnah. Saya berharap semua orang percayakan kami dan sentiasa mendoakan kami agar tidak berlaku perkara yang lebih teruk lagi," katanya dalam penjelasan yang dikirimkan oleh sumber kepada The Reporter semalam.


Sementara itu, Aliff pula berkata, dia dan keluarganya menyedari video tersebut viral di media sosial sehingga dikecam teruk oleh netizen. Namun telah menjelaskan perkara sebenar kepada keluarganya menngenai apa yang berlaku.

"...ada orang post the video on Facebook and went viral for good couple of hours. My family dapat tahu and asked me immediately. Bila dah cakap apa yang terjadi, diorang tolong settle things up.

"He (Izzul) and I are best friends and I'm really proud of that friendship, getting there took a lot of trust building and emotional growth.

"He actually cried so hard sebab takut having a new life as he futher his study. I know he was kindda childish whatsoever. I did what I thought was right and hugged him, promissing and saying nice things to make him feel better.

"And thats just it. No kissing involved. I did put my face on his neck, I mean where else? I don't even know how to sebab dia atas motoriskal and I kat sebelah. Awkward. But hey, we're bestfriends," jelas Aliff.

Difahamkan juga, salah seorang daripada mereka telah membuat laporan polis berhubung klip video viral itu.

LAPORAN BERKAITAN

No comments