(Video) 'Kau yang wheelie, orang lain pula terima akibat' - 2 buah kereta kemalangan sebab nak elak terlanggar mat rempit terjatuh


Sebuah kereta jenis pacuan empat roda terbabas lalu melanggar kenderaan dari arah bertentangan sebelum terbalik di tengah jalan kerana mahu mengelak dari melanggar seorang penunggang motosikal yang terjatuh. 

Dalam kejadian yang berlaku pada lewat petang Jumaat di Jalan Guar Chempedak menghala ke Yan, penunggang motosikal itu terdahulu membuat aksi 'wheelie' beberapa kali. 

Tindakannya itu sempat dirakam oleh dashcam Nissan Almera yang berada di belakang sekumpulan motosikal terbabit. 


Namun ketika melakukan aksi berbahaya itu sekali lagi, penunggang tersebut terjatuh ke laluan bertentangan menyebab pemandu Triton cuba mengelak namun terbabas lalu melanggar bahagian kanan kereta Almera sebelum terbalik. 

Tidak diketahui keadaan dua pemandu kenderaan itu. Namun pihak bomba dan penyelamat telah dihubungi untuk datang membantu mangsa di lokasi kejadian. 







Gambar penunggang motosikal terbabit yang berusia lingkungan 20-an turut viral di media sosial, mengundang pelbagai reaksi netizen. 

No comments