Istimewanya Bumi Anbiya’

Assalamualaikum w.b.t, Terima kasih admin sebab sudi publish confession ni,saya doakan semoga admin dan peminat confession dirahmati allah,semoga korang semua dapat manfaat apa yang saya ceritakan.perkenalkan diri saya, nama samaran nisa,student u cairo.

Saya masih menuntut ilmu dibumi anbiyak sekarang,banyak ilmu disini yang saya dapat,saya pernah mendengar satu berita, tak tahu sohih ataupun tidak,tapi itu semua dalam rahsia allah,seorang ustaz yang dah lama tinggal disini bertahun-tahun ketika dalam majlis ilmu beliau bagitahu “dekat bumi anbiyak ni masih ada nabi khidir,Ana pernah nampak dia di kawasan taman bunga keadaan dia sambil memegang tongkat tinggi melebihi kepala,dan ana pernah bermimpikan nabi khidir bersama rasulullah s.a.w”.

Kadang-kadang allah bagi sesuatu kelebihan itu adalah satu anugerah yang besar.Boleh jadi dengan ujian yang dilaluinya terlalu pahit.Sehinggakan dia mendapat sesuatu istimewa tanpa disedari.

Ujian ni bermacam-macam bentuk,misalnya dia selalu kena sihir, pengakhiran yang dia dapat sesuatu kelebihan mengubati orang yang pernah disihir sepertinya.Setiap dalam ujian dia akan dapat ilmu contoh ilmu hadapi kesabaran,ilmu membuat jadi lebih matang ,ilmu mengelakkan santau sejak dia sakit istiqomah amalkan.Dan dalam hati dia dapat mendekati dengan allah s.w.t .Tapi tak semua takdir yang sama.

Saya terfikir balik kisah nabi musa dengan nabi khidir bertapa cantiknya akhlak diorang.Nabi musa yang sanggup menuntut ilmu dari perjalanan jauh,nabi khidir pulak sifatnya zuhud sehinggakan ilmu ghaib pun tahu.

Tempat disini termasyhur banyaknya wali allah,ahli kasyaf yang diberi kelebihan membaca hati manusia.Tak semua akan perasan kerana wali allah kadang-kadang tak sedar dia adalah wali allah,dan ahli kasyaf lebih mendiamkan diri untuk memberitahu kelebihannya kerana nikmat itu adalah datang dari allah.

Sejak saya berada disini, adalah pernah dengar dari seseorang kakak senior,yang dah lama tinggal dibumi mesir selama 4 tahun,setiap permintaan disini yang diulangi akan dikabulkan doanya selepas 3 hari yang diperkenankan oleh allah.Mula-mulanya saya ragui jugak,tetapi bila terjadinya banyak peristiwa dekat saya baru saya faham situasi ni, kali pertama saya sampai dibumi mesir teringin nak tengok lalat sebab seminggu sampai dekat sini tak pernah tengok lalat,takdir allah lepasnya tiga hari terus lalat datang dekat bilik saya,kawan saya sampaikan perli saya “kenapa dalam banyak-banyak doa engkau pilih nak tengok lalat kan dah penuh lalat kat bilik kita ni”.Aku yang dengar ketawa je lah, sambil jawab balik “dah nak buat macammana tiba-tiba terlintas dalam hati saya, rindu lalat”.Tapi tak semua doa dikabulkan,kerana allah maha mengetahui apa yang lebih baik untuk kita,boleh jadi allah tak perkenankan sesuatu benda tu,allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

Kedua, pernah sekali tu kawan saya teringin nak makan kek pandan almaklumlah dekat bumi ni tak ada daun pandan,jadi mampu sebut je dekat kawan-kawan kalau teringin something sambil tu doa.Mulanya saya sangka kawan saya tak dapat apa yang dia teringin,sebab dekat sini tak ada kek pandan.Nak dijadikan cerita kawan housemate kami ni baru sampai mesir dah seminggu.Malam tu ada mesyuarat rumah, jadi berkumpullah kiteorang semua,bincang punya bincang bila dah settle.Kawan kami yang baru sampai tu kata “harini iqa nak buat makan-makan makanan Malaysia”.Semua yang dengar pakat excited,lepas tunggu hidang makanan kuih mazolla ,kuih samperit, kuih almond London dan akhir sekali kek pandan, kawan saya tengok tu senyum sampai ke telinga “kan haritu ana ada sebut teringin nak makan kek pandan tengok-tengok allah makbul doa ana”.ahli housemates saya tu pakat iyakan,bila dah dengar masing2 excited nak doa, ada yang luah nak satay lah, durian,sampaikan nak jodoh tahun depan pun ada.Semua yang dengar pakat gelak sakan.Peristiwa ni berlaku tahun 2016.Tapi memang betul pun, kawan saya yang doa nak kahwin tu, akhirnya dah nak kahwin tahun ni lepas raya insyaallah,mabrok alaiki.

Dekat sini jugak tak boleh pandang hina dekat orang,contohnya pengemis baju selekeh ataupun orang gila.Boleh jadi dia tu wali allah,nampak je macamtu tapi kita tak boleh menilai diorang,sebab pernah terjadi dekat pelajar melayu disini, dia nampak pengemis tu kutip sampah dihujung bangunan dan niat dihati pelajar tu nak bagi salam,sebab kutip sampahkan amalan mulia,tak sempat dia nak pergi dekat pengemis tu,tiba-tiba pakcik pengemis tu jawab salam balik dengan nada tinggi agar pelajar tadi dengar,pelajar tu apa lagi terkejut dia,baru dia tahu tu bukan orang biasa dan dia mendekati pengemis tadi,supaya doakan untuk dia,berjaya didunia dan akhirat.

Special-special pun tetap ada kekurangan biasalah tak semua negara orangnya akan baik pasti ada orang jahat jugak.Sape ingat sejarah ilmu sihir datang dari mana?
Okay dalam sejarah islam ilmu sihir itu bermula dibumi mesir dalam ( Al-Quran Surah Al-A”raaf ayat 104-106).Kisah diantara nabi musa dengan firaun, pengikutnya mengamalkan sihir,nak lebih detail,nanti rujuk tau dalam alquran tambah amal ibadah huhu.

“Maka tatkala Nabi Musa datang kepada mereka dengan (membawa) mukjizat-mukjizat. Kami yang nyata, mereka berkata: Ini tidak lain hanyalah sihir yang dibuat-buat dan kami belum pernah mendengar (seruan yang seperti) ini pada nenek moyang kami dahulu.” (Surat Al-Qashash ayat 36)

Firaun menuduh Nabi Musa sebagai seorang ahli penyihir. Firaun meminta kepada Nabi Musa untuk melawan ahli-ahli sihir kerajaan Firaun. Pada waktu yang telah ditentukan, Nabi Musa, ahli-ahli sihir dari seluruh negeri Mesir, dan banyak orang lainnya berkumpul dilapangan. Ahli-ahli sihir memperlihatkan kemampuannya terlebih dahulu. Mereka melempar tongkat masing-masing. Tongkat-tongkat tersebut berubah menjadi ular-ular yang kecil.Akhirnya ular tersebut ditelan oleh ular besar nabi musa.Maka dengan limpah rahmat allah ketahuilah ahli sihir kerajaan firaun bahawasanya nabi musa bukan melakukan sihir tapi mukjizat dari anugerah allah.Oleh itu,bersaksi ahli sihir mengucapkan kami beriman kepada tuhan nabi musa.Dengan menunjukkan mukjizat tersebut, Nabi Musa berharap kepada Firaun akan menjadi sedar akan kekuasaan Allah. Namun, Firaun menganggap hal itu hanyalah sihir. Firaun tetap tidak mau menyembah kepada Allah swt.

Dibumi mesir sekarang masih ada lagi ilmu sihir turun temurun dari nenek moyang diorang,dekat sini ada hari yaumul nasim hari pelepasan sihir,selalu berlaku akhir musim bunga.Jadi kiteorang akan dapat maklumat dekat group whatsapp.Dilepaskan sihir adalah waktu magrib.Untuk mengelakkan sihir pada hari dilepaskan kena pastikan tingkap tertutup,baju tak tersidai waktu magrib ,diorang lepaskan sebab nak kuatkan sihir tu.Kesannya kalau terkena akan merancau macam orang gila sukar diubati.Kebanyakan yang buat sihir tu kristian katolik,masa diorang lepaskan akan berbunyi loceng,ketukan dia amatlah cepat.

Dekat sini jugak ada sihir pukau,tapi tak teruk sangat ikut area tempat lah.Tapi kalau sorang tu keluar pagarkan diri dengan ayat suci quran insyaallah dipagar misalnya bacaan ayatul qursi ,tiga qul,bismillah 21 kali,bacaan ayat 9 surah yassin wajaalna sampai habis ulang 3 kali,insyaallah orang jahat tak nampak.Kita cuma tawakal je pada allah,allah lah yang menjaga kita.Adalah segelintir Kawan-kawan saya pernah terkena pukau,selalu terjadi dekat kawasan bank yang agak sunyi dari orang lalu lalang,lepastu tempat lorong jalan yang jarang orang lalu.Nak jadikan cerita ,kawan saya ni nama dia diana,masa terjadi tu kawan saya baru balik dari kedai,perjalanan nak kerumah kena lalu dua lorong,tempat tu memang sunyi,sebab masa tu tengahari tambah-tambah hari jumaat memang ramai yang tak keluar.Masa dia berjalan lorong pertama adalah perasan sorang minah arab,keadaan dia macam something wrong jugaklah,sebab dia tengok kawan saya tak lepas dan cara pakaian dari atas sampai bawah semua hitam,kawan saya sambil berjalan pegang hanset,lepas dia berjalan dari minah arab tadi dia rasa macam ada kekurangan, tapi tak tahu apa,elok dah sampai rumah,baru teringat hanset dia pegang tadi dah tak ada.Waktu tu,baru kawan saya sedar dia kena pukau,alhamdulillah duit dia tak hilang,cuma hanset je dia ambil.

Bumi mesir jugak terkenal dengan piramid,kalau korang nak tahu,sekarang masih ada lagi kesan sihir dalam piramid ,tempat mayat firaun diawetkan, tapi bukan kawasan luar piramid, dalam piramid tu,dulu tempat diorang puja.Kalau tak kuat iman,saya sarankan tak payah masuk,takut kena gangguan jiwa.Kalau orang kafir diorang mungkin tak kena.Adalah satu peristiwa terjadi dekat student disini,tapi saya diamanahkan untuk rahsiakan perkara ni maaf,Lagipun kalau nak pergi tempat piramid ni,kita nak ambik pengajaran sejarah yang dulu,apa yang terjadi pada zaman firaun,pemerintahan yang kejam dan dilaklanat oleh allah.Piramid adalah Hasil titik peluh rakyatnya yang dikerah paksa dari pemerintahan firaun.

Mungkin sampai disini sahaja, penulisan saya tentang specialnya bumi anbiyak,semoga korang semua dapat mengambil iktibar dari kisah ini,sorrylah kalau ada terlebih dan terkurang.Comment baik2 ye,thank you and alfun syukran kerana sudi baca kisah ini.Kalau korang nak tahu lebih banyak ilmu pelindung diri,silalah follow #kucing kelabu,banyak information yang saya dapat dari situ.

– nisa

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

No comments