Tragedi di Bukit Frazer

Assalamualaikum peminat Fiksyen Shasha semua.. Ni first time aku menulis. Banyak kisah seram dan misteri yang aku alami dan boleh kongsikan dekat pembaca semua. Cerita mak aku kena kejar pocong, langsuir bertenggek kat atas rumah mak kat kampung, kakak aku kena ilmu hitam (mintak dagu) dan ada lagi lah a few others.

Cuma kejadian yang aku nak kongsikan ni berlaku 3 tahun lepas (2014) semasa aku balik pulang ke kampung di kelate untuk menyambut raya haji. Aku bekerja dan menetap di Selangor, berkahwin dan dikurniakan seoarang anak lelaki berumur setahun lebih. Bini aku pulak masa tu tengah sarat mengandung anak ke dua, 7 bulan lebih rasanya.
Aku ni jenis yang suka drive kereta waktu malam, tak panas dan lebih tenang.

Kami bertolak dari rumah lebih kurang jam 10 malam. Aku biasanya akan guna waze setiap kali memandu… Sekali tengok kat waze semua jalan ke pantai timur jem kreng. dari Gombak, Karak and all the way to Raub.. Aku cakap kat wife, kita balik ikut Grik jer lah…. Wife ikut saja..

So aku menuju ke arah utara melalui Rawang dan waze membawa aku sampai ke Kuala Kubu Bharu. Jalan clear jer takde jem so aku seronok lah. Lebih kurang jam 12 malam aku sampai ker simpang nak masuk ke Bukit Frazer. Ah sudah. Ni bukan jalan ke Grik ni. Natey sungguh waze ni. Ke sini dia bawak aku. Bukit Frazer aku tau jalan dia macam mana, bengkang bengkok, kecik dan sunyi sepi…

Tambah2 tengah malam buta macam ni. Aku toleh belakang tengok anak dan bini. Hamboi hamboi sedapnya tidur..

Aku serba salah, nak pusing balik sudah jauh so aku nekad redah jer lah jalan Bukit Frazer menuju ke Raub. Tengok kat waze dalam 42km nak sampai Raub. Mau 2 jam jugak ni kata hati aku..

Aku meneruskan perjalananan, aku bukak mp3 ayat2 Ruqyah dekat radio. Kiri kanan gelap jer. Hutan mana ada lampu nak cerah. Aku bawak perlahan dalam 20-40km/jam sebab jalan tak berapa elok and bersimpang siur. Berkabus pulak tu. Sebijik kereta pun takder. Lagi lah aku rasa cuak dan takut.

Sampai kat satu selekoh tiba tiba ada sesuatu melompat melintas depan kereta aku. Terkujat aku dibuatnya, terus aku tekan emergency break. Bini aku kat belakang terjaga sebab aku break mengejut, dia tanya dengan nada cuak

“ada apa bang??”

Aku ckp laa ada benda melompat depan kereta. ntah binatang apa aku tak sure. Monyet kot kata aku, sekadar nak menyedapkan hati. Bini aku pulak lepas tu dok
mengadu sakit perut, memulas-mulas katanya. Alamak, takkan nak beranak pulak ni. Baru 7 bulan kot. Panik aku masa tu.

Kat waze tunjuk ada lagi dalam 20km lebih nak sampai Raub. Jam pulak dah pukul 1 lebih. Aku sambung drive keta. Kali ni bawak laju sikit sebab dah tak tahan tengok hutan kiri kanan. Dalam 20 minit lepas tu jumpa lagi selekoh tajam, dari jauh aku perasan macam
ada benda putih jer kat depan…

Apa kebenda pulak ni?. Aku high beam. terus tak nampak apa. Kabus rupanya. Bukan main tebal lagi. Tiba-tiba hidung aku terceom bau yang amat busuk, macam bangkai pun ada. Busuk sengoti org kelate kata.

Tak lama lepas tu aku dengar bunyi halus macam orang mengilai dari belakang..

“hi hi hi hi” lebih kurang. Alamak dia mai dah. Hati aku dah dup dup dap. Bulu roma dah meremang habis. Mulut aku terkumat kamit baca ayat qursi..Badan menggigil-gigil, takut gila aku masa tu…

Lepas tu aku dengar suara dari belakang….

 

“Sorry bang, sayang terkentut tadi”..~~

 

“Cisssss….@#$%$%^^$!!  Buat orang takut saja, ni berapa hari tak berak ni?. Kentut bau cam puaka” Bebel aku kat bini. Bini aku bantai gelak jer.

Ni sakit perut nak berak ni bukan nak beranak kata aku. Dalam 10km nak sampai raub, jalan sudah lurus takder bengkang bengkok. Aku terus pecut keta sampailah ke masjid raub.

Aku cakap kat wife, “pi berak cepat. Ni kalau simpan sampai kelantan mau pengsan bau kentut sayang”

Selepas tu tiada lagi bau puaka yang menganggu hidung aku sepanjang perjalanan dari Raub ke Kelantan. Alhamdulillah kami selamat sampai ke kampung selepas subuh…

The post Tragedi di Bukit Frazer appeared first on Fiksyen Shasha.

No comments