(Video) 'Haram punya pemandu lori! Disebabkan kau 4 anaknya kehilangan ayah!' - Driver lori langgar lampu merah, rempuh rider sehingga sehingga maut & motosikal bersepai


Seorang penunggang motosikal (foto kecil) yang dalam perjalanan ke tempat kerja, maut setelah terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat. 


Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.55 pagi, Sabtu 3 April 2021, berhampiran Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang, mangsa, Khairul Izmi, maut serta-merta di tempat kejadian akibat dirempuh sebuah lori yang melanggar lampu isyarat. 


Video dashcam dari saksi juga viral di media sosial. Video berdurasi 1 minit 34 saat menunjukkan, lori berkenaan dipandu di lorong kanan dan apabila tiba di persimpangan lampu isyarat (kuning), pemandunya tidak memperlahankan kenderaan. 


Dalam masa yang sama, mangsa dari arah bertentang membelok ke kanan untuk meneruskan perjalanannya tanpa menyangka lori tersebut cuba melepasi persimpangan itu dengan laju. 


Akibatnya, mangsa dirempuh oleh kenderaan berat tersebut yang menyebabkan motosikalnya berkecai dan maut serta-merta di tempat kejadian. 


Kemalangan itu juga nyaris menyebabkan lori berkenaan terbalik dan sebelum pemandunya berhenti di tepi jalan. 



Sepupu mangsa yang dikenali sebagai Azman memaklumkan, Khairul telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak yang masih bersekolah. 


Ketika kejadian katanya, kakaknya yang berada di belakang Khairul dan masing-masing dalam perjalanan ke tempat kerja. 


"Abang sepupu saya ni. Kebetulan kereta kakak saya berada di belakang arwah semasa di persimpangan lampu isyarat itu. Nak pergi kerja. 


"Kakak saya nampak, memang kejadian berlaku di depan mata dia. Kalau kakak saya berada di depan arwah, mungkin kakak saya yang kena," katanya. 



Difahamkan, keluarga mangsa berkemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu lori itu yang kini telahpun ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh. 



Di media sosial, ramai netizen yang bersimpati dengan mangsa dan mengecam tindakan tidak bertanggungjawab pemandu lori terbabit yang jelas sekali telah melakukan kesalahan besar sehingga menyebabkan penunggang motosikal yang tidak bersalah itu meninggal dunia. 


"Haram punya pemandu lori! Disebabkan kau seorang anak kehilangan ayah, ibu bapa kehilangan anaknya, isteri kehilangan suaminya. Memang sudah tertulis tetapi mangsa maut disebabkan kecuaian orang lain!


"Aku geram dengan pemandu lori macam ni. Tak rasa kesian ke wahai abang lori?? Bayangkan kalau yang kena itu ada kaitan dengan kamu. Jangan ingat kamu besar, main suka je bawak. Bukan semua pemandu lori ye, segelintir yang sengal ini," kata netizen. 


Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

No comments