'Apa salah saya papa? Kenapa kena bertolak ansur dengan kawan yang berpuasa?' - Datuk Lee Chong Wei respon soalan anaknya, buat netizen terhibur


Apa yang menjadikan Malaysia ini unik adalah kerana kepelbagaian bangsanya yang boleh tinggal bersama di bawah satu bumbung dalam suasana yang penuh keharmonian. 


Setiap bangsa mempunyai agama dan kepercayaan masing-masing. Dan oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab masyarakat untuk menghormati pegangan masing-masing dan contohnya seperti di bulan ramadan ini, yang bukan beragama Islam menjaga sensitiviti seperti tidak makan di depan mereka yang berpuasa, sebagai tanda hormat. Dan begitu juga jika sebaliknya. 


Baru-baru ini lagenda pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, berkongsi mengenai kisah anak sulungnya di sekolah di hari pertama berpuasa di mana dia dinasihatkan untuk makan di satu sudut sebagai menghormati rakannya yang lain sedang berpuasa. 


Namun, anak sulungnya masih belum memahami perkara itu dan meminta penjelasan daripada bapanya.



"Papa, saya ada soalan nak tanya," kata anak saya semasa dalam perjalanan dari sekolah tadi. 


"Tadi masa waktu rehat, saya berkongsi makanan dan minuman dengan rakan sekelas. Ada dua orang kawan baik saya, Syihan dan Amli tak nak makan. Kenapa?" muka anak terus muram bagai kaca ditimpa batu. 


Belum sempat saya menjawab, dia terus menyambung. "Pastu I pun dinasihatkan oleh cikgu supaya makan di sudut jauh dari segelintir kawan-kawan saya. Apa salah saya, papa?"


Tergamam saya seketika dibuatnya. Salah saya juga sebenarnya kerana tidak memberi penjelasan mengenai bulan puasa kepadanya sebelum ini. 


"Koko, you tak salah, Kawan-kawan you tu sebenarnya dah start puasa dan cikgu suruh makan di tepi sebagai tanda hormat kepada kawan-kawan yang sedang berpuasa. Jadi, kamu kena nasihat kawan-kawan Cina dan India lain, mesti sokong kawan-kawan Melayu ni menjalankan ibadah puasa. Kena bertolak-ansur dan hormat antara satu sama lain."


Anak sulung yang kini sudah berusia lapan tahun sudah mula menunjukkan sikap memberontak. 


"Kenapa kena bertolak ansur? Saya makan saya punya hal. Dia puasa, dia punya hal." 


Belum sempat saya marah, tangan penampar (Isteri, Wong Mei Choo) terus hinggap atas tangan anak. Saya tahulah dia pun pandai smash juga. Tapi kali ini tangan dia memang laju. 


Anak sulung menangis dan bertanyakan sebab. 


"Kalau kita tak bertolak ansur, koko tak akan ada kawan Amli dan Syihan lagi. Bayangkan kalau tidak bertolak ansur, koko main mercun semasa Tahun, mesti kena marah. Kalau tak hormat, kawan India buat perarakan Thaipussam pasti akan dihalang. Jika tidak menghormati antara satu sama lain, tak mungkin shopping mall di KL ada Christmas tree semasa Christmas," jawab saya. 


"Kita menang bola dan Thomas Cup pun sebab kita bertolak ansur dan bersatu pada," sambung saya. 


Dengan wajah yang menyesal, pendek sahaja jawapan anak saya. "Saya mahu berkawan baik dengan Amli daN Syihan". 


Itulah cerita hari ini. Saya Chong Wei dan Mew Choo sekeluarga ingin memohon maaf dan mengucapkan selamat menyambut bulan ramadan kepada seluruh umat Islam. Have a blessed puasa month. 


Batu Covid pasti berudang

Diharap bersabar sesama sembahyang

Petunjuk Ramadan moga diundang

Semoga raya di kampung tersayang


Note: Nama yang digunakan bukanlah nama sebenar, 


Sumber: IG Datuk Lee Chong Wei

No comments