Belasah 2 bodyguard, 4 suspek termasuk ahli perniagaan yang kata dia 'pegang IGP', ditahan


Susulan kes dua pengawal peribadi dibelasah kerana berpuasa, polis telah menahan empat individu yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu. 


Antara yang ditahan adalah seorang ahli perniagaan berusia 43 tahun. Suspek ditahan pada jam 8.20 malam selepas menerima laporan dari mangsa.


BACA: 'U mau complaint saya ke? Itu IGP saya pegang' - 2 bodyguard dibelasah sampai lebam & kepala diacu pistol oleh majikan sebab berpuasa


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kejadian itu berlaku di rumah suspek yang juga majikan mangsa di Bukit Tinggi.


Punca mangsa dipukul kerana majikan tidak berpuas hati dua pengawal keselamatanna itu berpuasa dan bertindak memukul dan mengambil pistol dari pinggang salah seorang mangsa dan mengacu ke arahnya. Malah, suspek mengugut mangsa dan menghina agama.


Polis bagaimanapun menegaskan, kes itu tidak membabitkan isu perkauman dan meminta orang ramai tidak menimbulkan provokasi di media sosial yang boleh menyentuh sensitiviti perkauman sehingga menjejaskan keharmonian kaum. 


Polis memberi amaran, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang bertindak di luar batasan undang-undang. 


Kesemua suspek akan direman hari ini setelah mendapat perintah reman dari Mahkamah Klang. 


Sumber: Harian Metro

No comments