'Dia nampak macam takut-takut' - Budak perempuan disyaki dipergunakan individu tidak bertanggungjawab untuk dapatkan duit dengan cara mudah
Isnin lalu, 12 April 2021, netizen dihebohkan dengan posting viral di mana pasangan ini didatangi seorang kanak-kanak perempuan pada jam 1.30 pagi, semata-mata untuk meminta bantuan.
Kanak-kanak itu menggoncang pintu pagar dan memberi salam tanpa henti di kala hujan lebat membuatkan pasangan itu terjaga dari tidur. Apabila ditanya tujuan kedatangannya, kanak-kanak itu menjawab dia memerlukan sedikit wang belanja untuk adiknya yang nak pergi ke sekolah.
Bagaimanapun hasrat si suami mahu menghulurkan sedikit wang, ditegah oleh si isteri yang mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena sebelum menghubungi polis dan memaklumkan kedatangan kanak-kanak yang tidak dikenali itu.
BACA SELANJUTNYA: 'NAK DUIT UNTUK ADIK, NAK PERGI SEKOLAH' - PASANGAN TERKEJUT, BUDAK DATANG RUMAH JAM 1.30 PAGI NAK MINTA BANTUAN, TAPI...'
Susulan perkongsian viral itu, tampil seorang wanita menghubungi The Reporter dan mendakwa pernah didatangi oleh kanak-kanak perempuan yang sama ketika dia dan adiknya singgah di sebuah stesen minyak. Kali ini, kanak-kanak itu meminta mereka mengisi minyak kereta ibunya.
SAYA baru kena (terserempak dengan budak dalam video viral) baru-baru ini (12 April 2021). Nombor plat kereta dia pun kitorang sempat rakam, gambar budak ini pun kita sempat rakam.
Kami kena di stesen minyak. Dia panggil saya semasa saya seorang diri ke tandas, sementara adik saya dalam kereta tengah bersiap untuk pergi kerja.
Dia panggil saya, nak minta tolong. Saya tanya, tolong apa. Dia kata, mak minta tolong isikan minyak kereta kawan. Saya ingatkan mak dia tak reti nak isi minyak, then saya tengok dekat pam minyak tak ada kereta pun. Rupanya kereta dia park di sebelah kereta saya je.
Then saya dengan adik duduk dalam kereta agak lama jugalah, dalam 10 minit macam tu. Mak dia parking dekat dengan tempat air dan pam angin tu. Budak perempuan itu masih kat tandas itu lagi. Dia macam takut-takut. Tak pastilah sama ada itu lakonan atau dia memang takut.
10 minit kemudian, saya temankan adik ke tandas. Budak perempuan itu nampak kitorang, tapi dia tak panggil. Dia menyorok. Mak dia pula parking di tempat jauh.
Selepas kitorang selesai isi minyak, adik saya suruh pusing balik sebab nak panggil budak itu. Masa pusing tu, saya nampak ada sebuah kereta jenis Honda Jazz berwarna putih, park di belakang kereta mak dia, agak rapat juga.
Then kitorang panggil budak tu. Adik saya nak bayarkan minyak kereta mak dia tu. Selepas itu dia pergi dekat mak dia, masuk kereta dan mak dia terus gerak. Tak masuk pun stesen minyak. Kitorang pusing-pusing area tu. Nampak kereta diorang parking dekat tepi homestay. Dalam tu ada baju bergantung.
Bahaya sekarang ni, mujur dia (mak budak) hantar anak dia macam ni je. Kalau dia yang masuk tandas juga, bawa pula benda tajam, haaa! Selepas ni kalau nak pergi tandas seorang diri kena berhati-hati. Phone kena bawa bersama.
Sumber: Pengadu (Followers The Reporter)
Post a Comment