Penjawat awam kantoi berzina dengan cleaner di celah pintu taman, dihukum sebat 100 kali
Individu yang menjawat jawatan sebagai penjawat awam seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat. Tetapi berlainan pula dengan penjawat awam seorang ini yang kedapatan berzina dengan wanita yang merupakan pekerja pembersihan.
Setelah disiasat, terbukti pasangan itu melakukan zina dan masing-masing dikenakan hukuman sebat 100 kali di Islamic Center Aceh Tamiang, Indonesia pada Isnin, 12 April 2021.
Hukuman sebat itu dikenakan terhadap penjawat awam berusia 43 tahun dan pasangannya, pekerja pembersihan, berusia 43 tahun, berdasarkan keputusan Mahkamah Syariah yang mendapati mereka bersalah.
Mengikut fakta kes, pasangan itu ditahan oleh pihak berkuasa ketika berada di celah pintu masuk ke taman kualasium pada jam 9 pagi, 25 Januari 2021.
Pasangan itu mengaku, mereka telah menjalinkan hubungan sejak setahun yang lalu, sedangkan masing-masing sudah mempunyai keluarga.
Proses pelaksanaan hukuman berjalan lancar, walaupun kedua-duanya kelihatan gementar menahan sakit. Pesalah lelaki beberapa kali meminta tukang sebat berhenti menyebatnya. Bahkan pada 20 sebatan terakhir, dia banyak meminta air dan minum sambil bercangkung di pentas hukuman.
Sebelum dihukum sebat, pasangan itu menjalani pemeriksaan kesihatan. Setelah pegawai perubatan mengesahkan kedua-duanya berada dalam keadaan stabil, proses hukuman sebat dilaksanakan.
Sumber: Tribun News
Post a Comment