'Kami tiada wang, hanya makan nasi goreng kosong' - Ibu 10 anak menangis, terpaksa pindah atas arahan owner rumah


Baru-baru ini viral gambar seorang ibu 10 anak yang kelihatan binggung dengan longgokan barangan di luar rumah seperti peti ais, tilam dan perabot setelah gambarnya dirakam serta dikongsikan di media sosial oleh jurugambar bebas, Keow Wee Loong. 


Difahamkan, Rosliza dan anak-anaknya diminta keluar dari rumah sewa itu kerana pemilik asal telah menjualnya kepada pemilik baru.


Menurut laporan Harian Metro, Keow, 33, terserempak dengan Rosliza Hassan, 37, pada jam 7 pagi ketika dia dalam perjalanan ke kedai makan. 


"Saya tergerak nak membantu lebih-lebih lagi bila ternampak anaknya yang masih kecil. Lebih menyedihkan apabila melihat peti aisnya yang hanya ada makanan yang sudah tamat tarikh luput. 



"Kak Ros beritahu dia hanya mampu memberi anak-anaknya makan nasi berlauk bawang dan kuah kari. 


"Saya cuba berunding dengan pemilik rumah untuk memberi tempoh untuk keluarga itu tinggal di rumah, tetapi panggilan tidak dijawab," katanya.


Nasib yang menimpa Rosliza sekeluarga mengundang perhatian Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Chee Keong, yang kemudian segera datang menghulurkan bantuan. 


BERIKUT PERKONGSIAN DARI STEVEN: 


Ibunya Puan Ros ada 10 anak. Paling kecil berumur 3 tahun. Dia duduk di luar rumah menangis mengenangkan nasib anak-anak. Kasih seorang ibu tidak ternilai, susah senang anak didahulukan. 


Saya beritahu Puan Ros, saya akan pastikan sebelum matahari terbenam, keluarga mereka akan ada bumbung di atas kepala. 


Kemudian saya bawa mereka ke Tesco untuk membeli barang keperluan. Dua troli penuh, semoga cukup untuk belakan Ramadhan sehingga hujung Syawal. 


Budak-budak nampak kedai barang mainan tetapi mereka diam. Saya tahu dalam hati mesti tergerak juga. Saya ada anak kecil, tiap kali nampak kedai barang mainan mesti nak minta masuk. Saya bawa mereka masuk dan beli mainan kegemaran mereka. 


Kebetulan di luar Tesco ada bazaar jual baju raya. Dah sampai kat situ, takkan tak beli? Jadi, seorang sepasang baju baru. Ibu kata tak perlu beli untuk dia, beli untuk anak-anak dah cukup. Ibu tak pernah beli baju raya. Saya beritahu anak-anaknya, kali ini kita mesti beli sepasang baju baru untuk ibu. Semua pakat pilih baju untuk ibu. 



Kakak yang sekolah menengah, saya belikan tablet. ASal cek mau pi sekolah, pakcik akan pastikan adik-adik terus belajar walau susah macam mana sekalipun. Hanya ilmu di dada yang mampu mengubah nasib kita. 



Akhir sekali saya bawa mereka makan di restoran makanan segera. Bila nak order, semua diam. Ingatkan mereka tak suka. Rupa-rupanya semua tak pernah makan di restoran seperti itu dan tak tahu nak order apa. Okay tak apa, pakcik tolong orderkan. Setiap seorang satu Happy Meal.



Lepas itu kami pergi ke rumah baru. Puan Ros tanya sewa rumah berapa. Saya kata jangan bimbang, say akan tanggung sampai dia dapat rumah kerajaan nanti. 


Hampir setengah hari, kami semua pun letih. Tapi Puan Ros sekeluarga sekarang dah ada rumah baru, baju baru, tablet baru, peti ais dah penuh (sampai satu rak pecah sebab terlalu berat).


Ibu minta satu saja, blender, nak masak untuk anak-anak. Terlupa beli kat Tesco tadi. Jadi saya pergi beli blender jenama Khind. Saya dah janji ini hari gembira buat Puan Ros sekeluarga. Syukur dapat berkongsi kegembiraan itu. 



Sementara itu, Rosliza menjelaskan, dia sebenarnya tidak mempunyai pilihan dan terpaksa berpindah selepas diminta pemilik rumah berbuat demikian. 


Namun dia tidak mampu untuk mencari rumah sewa yang lain kerana pendapatan bulanannya sebanyak RM700 sebagai pembantu kedai makan tidak mencukupi. 


"Mujur ada Keow dan terima kasih saya ucapkan kepada YB Steven kerana prihatin dan membantu kami sekeluarga," katanya. 


Rosliza yang mendirikan rumah tangga ketika berusia 16 tahun mempunyai 10 anak yang terdiri daripada empat anak lelaki dan enam anak perempuan berusia antara tiga dan 21 tahun. 


Keluarga ini hidup dalam keadaan menderita sejak 2009. Suami Rosliza berusia 40 tahun pula dikatakan selalu tiada di rumah.  Lelaki itu tidak mempunyai pekerjaan tetap dan datang dan pergi mengikut sesuka hatinya. 


Keadaan bertambah buruk apabila PKP dikuatkuasakan menyebabkan mereka tidak mempunyai wang dan hanya akan nasi goreng kosong dengan garam pada Ramadan tahun lalu. 


Salah seorang anak perempuannya berusia 16 tahun terpaksa berhenti sekolah untuk menjaga dua beradiknya yang masih kecil. Dan adakalanya dia membantu di restoran untuk mendapatkan wang. 


Anak sulung Rosliza berusia 21 tahun sudah berkahwin dan bekerja mengambil upah dan perlu menanggung keluarganya.


Rosliza juga menerima RM500 daripada badan zakat. Tetapi permohonannya untuk mendapatkan bantuan kebajikan ditolak atas alasan zakat yang diterima sudah mencukupi.


"Lain orang lain rezekinya. Ada dalam bentuk kekayaan, kemahsyuran dan banyak lagi. Rezeki saya adalah anak-anak 10 orang.


"Ini adalah rahmat Allah buat saya. Setiap hari saya berdoa agar kehidupan saya menjadi lebih baik. Ramadan kali ini akan cukup istimewa buat kami. Saya sangat bersyukur," katanya.


Sumber: FB YB Steven, Harian Metro, Free Malaysia Today

No comments