'Suspek pinjam handphone & bercakap terlalu lama' - Pelajar foreigner dakwa diserang Polis Bantuan, direman 4 hari
Dakwaan fitnah yang dibuat pelajar (warganegara India) sebuah universiti tempatan yang viral di media sosial semalam mendakwa dida diserang oleh anggota polis bantuan wanita di pintu masuk universiti mengundang padah apabila dia ditahan polis semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Zainal Mohamed berkata, anggota polis bantuan berkenaan membuat laporan selepas mendapati video yang dirakam pelajar terbabit viral di aplikasi Telegram.
"Dalam video itu, suspek berusia 22 tahun mendakwa pengadu menyerangnya di pintu masuk pada jam 2 petang, 31 Mac 2021 ketika mahu memasuki kawasan universiti dengan alasan dijemput berjumpa rektor.
"Pengadu menafikan kejadian itu dan mendakwa apa yang berlaku sebenarnya adalah suspek meminjam telefon bimbitnya dan bercakap lama. Apabila diminta semula telefon bimbit, suspek enggan memulangkannya.
"Pengadu meminjamkan telefon bimbitnya kepada suspek kerana pada ketika itu, dia telah menghubungi presiden pelajar untuk membuat semakan sama ada pihak universiti ada menjemput mana-mana pihak berjumpa dengan rektor dan pengadu dimaklumkan pihak universiti tidak menjemput mana-mana pihak.
"Pengadu telah memaklumkan kepada pelajar itu tetapi suspek tidak berpuas hati. Pengadu kemudian menyerahkan telefon bimbitnya kepada suspek untuk bercakap sendiri dengan presiden pelajar," katanya.
Disebabkan terlalu lama menggunakan telefon itu, anggota berkenaan meminta suspek memulangkan telefonnya tetapi suspek enggan memulangkannya.
"Pengadu berusaha mengambil telefon bimbitnya dari suspek, suspek telah membuat rakaman video kejadian itu," katanya.
Netizen juga mempersoalkan mengapa anggota yang lain tidak membantu wanita berkenaan dan jelas Zainal, anggota polis bantuan telah menerima arahan dari pihak pengurusan agar tidak menyentuh mana-mana pelajar di dalam kawasan universiti.
Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan suspek pada jam 4.40 petang 2 April 2021. Polis turut merampas telefon bimbit suspek yang dipercayai digunakan untuk merakam video semasa kejadian.
Siasatan mendapati, suspek merupakan pelajar tahun ketiga di universiti itu dan suspek memberikan alasan dia merakam video kerana bimbang tiada yang akan percaya kepadanya di mana pengadu telah menyerangnya sebelum dimuat naik ke group Telegram untuk tatapan pelajar lain.
Suspek direman selama empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sumber: Kenyataan Media Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak
Post a Comment