Wanita meninggal dunia kerana disergah sekumpulan lelaki


Seorang wanita berusia 45 tahun meninggal dunia akibat sakit jantung akibat disergah sekumpulan lelaki. 

Mangsa, M Abiramy, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). 

Sebelum itu, mangsa didatangi lapan lelaki yang mencari anaknya di rumah Jalan New Delhi, Kampung Baru Buntong, jam 8 malam. 

Siasatan awal polis mendapati, anak mangsa dipercayai terlibat dalam satu pergaduhan di sebuah kuil kerana salah faham berkaitan lembu peliharaan supek. 

Kumpulan terbabit kemudian pergi ke rumah mangsa lalu berlaku kekecohan sehingga cermin kereta dipecahkan. Suspek turut membakar sebuah kereta Honda Accord milik ahli keluarga mangsa. 

Akibatnya, api yang marak dari kenderaan telah merebak ke pokok mangga lalu menyambar kediaman itu sehingga musnah. 

Polis kini sedang berusaha mengesan semua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat. 

Sumber: Sinar Harian

No comments