'Aku pakai tudung sebab bekas suami paksa' - Zarina Anjoulie
Pelakon Zarina Anjoulie mengesahkan dirinya sudah membuka tudung dan tidak kisah sekiranya dikecam netizen.
Berdasarkan komen balasnya dengan followers di Instagram, Zarina berkata sebelum ini dia memakai tudung kerana dipaksa oleh bekas suaminya.
"Saya nak cakap terima kasih kepada semua yang menyokong dan menasihati serta maki. Saya tahu meskipun ada yang maki tapi jauh di lubuk hati kalian betul ikhlas menegur, cuma cara teguran itu berbeza. Saya tahu niat anda baik.
"Maaf kepada siapa yang hampa dan terima kasih kepada yang sudi memberi peringatan.
Difahamkan, sejak tersebarnya video Zarina berpakaian seksi sehingga menampakkan sebahagian besar payudaranya, ramai peniaga online yang mahu memasarkan produk mereka di Instagram pelakon itu.
Sumber: Harian Metro
LAPORAN BERKAITAN
Post a Comment