'Jangan biarkan Cina kuasai Sarawak, biar Melayu yang menguasai Sarawak' - Hadi Awang
MalaysiaKini hari ini melaporkan, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengajak penduduk Melayu dan Iban di Sarawak bekerjasama menghalang Cina DAP dari menguasai negeri berkenaan.
Beliau yang berucap di Rumah Panjang Gima, Bintulu, berkata, Sarawak wajar dikuasai oleh bumiputera.
"Sebab itu kita (PAS) harap supaya rakyat selama ini utamakan, biar bumiputera yang menguasai Sarawak ini.
"Biar Melayu yang menguasai Sarawak ini... kita tidak (mahu) halau orang Cina, tidak! Tapi jangan (kita biarkan) orang Cina (DAP) menguasai Sarawak ini," katanya seperti yang dipetik dari HarakahDaily, semalam.
"Kita kena halang, sebab itu Melayu, Iban dan semua penduduk asal ini perlu bersatu, pertahankan kuasa bumiputera di Sarawak ini.
"Ini (yang) PAS minta, supaya kita semua bersatu jangan sokong DAP, jangan sokong parti-parti yang bekerjasama dengan DAP," katanya.
Sumber: MalaysiaKini, HarakahDaily
Post a Comment