Rumah terbakar akibat buka aircond 24 jam


Pemilik sebuah rumah flat di Singapura hanya mampu melihat rumahnya musnah dijilat api kerana kecuaiannya sendiri yang membiarkan pendingin hawa dibuka sepanjang masa, dalam kejadian Jumaat lalu. 

Difahamkan, pendingin hawa di salah satu biliknya dibiarkan terbuka sepanjang masa dan pintu bilik juga dikunci. 

Apabila ahli keluarga yang lain terdengar bunyi bising dari bilik itu, terus datang memeriksa dan mendapati bilik itu terbakar. 

Dengan api yang marak dan tidak mampu untuk memadamkannya, mangsa terus menutup pintu dan membawa semua ahli keluarganya keluar termasuk dua warga emas berusia 73 dan 82 tahun, serta kanak-kanak berusia 5 tahun. 

Keluarga berkenaan berjaya menyelamatkan diri dan menunggu ketibaan bomba untuk memadamkan kebakaran. 


Punca kejadian masih dalam siasatan dan difahamkan keluarga itu telah menggunakan pendingin hawa tersebut sejak enam tahun lalu. 

Menurut sumber, dalam kebanyakan kes pendingin hawa terbakar adalah disebabkan masalah litar pintas yang menyebabkan barangan itu menjadi panas melampau. Namun dalam kejadian ini dipercayai berpunca dari sistem pendingin hawa yang sudah lama dan tidak diselenggara mengikut waktu.

No comments