Gangguan bekalan air di Seremban, 8 Oktober


8 Oktober depan, beberapa kawasan di Seremban dan Tampin akan mengalami gangguan bekalan air selama satu hari berikutan kerja-kerja penyelenggaraan di dua loji rawatan air (LRA). 

Gangguan bekalan air itu akan bermula dari jam 8 pagi sehingga 8 pagi keesokannya. 

Kerja penyelenggaraan loji di LRA Ngoi-Ngoi di pantai, di Seremban akan menyebabkan  beberapa kawasan terjejas pada hari tersebut antaranya di Mantin, Nilai, Lenggeng, Brogra Pajam, Citra Hill Fasa 1 dan 2 serta Sendayan. 

Bagi penyelenggaraan loji di LRA Gemas Baru, Tampin, kawasan yang terjejas adalah Kem Tentera Syed Sirajuddin, Air Kuning dan beberapa kawasan di Gemas. 

Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) akan menghantar lori tangki ke kawasan terjejas selain menempatkan tangki statik sekiranya gangguan itu melebihi 24 jam. 

Bekalan air akan disambungkan semula selepas 24 jam dan dijangka pulih secara berperingkat. Namun beberapa kawasan tinggi dijangka akan mengalami tempoh pembaikan yang lebih lama. 

Sumber: Harian Metro

No comments