'Lebih baik aku mati di tangan kamu sekiranya kamu lebih percaya fitnah orang' - Isteri mati ditembak suami bahalol
Sejak beberapa hari lalu, viral di media sosial klip video seorang wanita ditembak mati oleh lelaki yang dipercayai suaminya sendiri.
Ketiadaan sumber yang sahih membuatkan ramai yang tertanya-tanya di manakah sebenarnya kejadian itu berlaku. Namun ada yang mendakwa kejadian itu berlaku di Filipina.
Menurut sumber, mangsa didakwa telah berlaku curang ketika bekerja di Arab Saudi. Tetapi ada yang menegaskan bahawa dakwaan itu adalah fitnah yang tidak masuk akal.
Apabila mangsa kembali semula ke negara asal, suaminya yang telah terpengaruh dengan fitnah tersebut mengambil tindakan membunuh mangsa dengan melepaskan beberapa das tembakan tepat di dadanya.
Berdasarkan klip video tersebut, mangsa yang memakai pakaian putih seperti pakaian pengantin berdiri sambil dipegang oleh seorang lelaki yang dipercayai rakan suaminya, kerana bimbang sekiranya mangsa melarikan diri.
Sebelum ditembak, mangsa sempat mengungkap kata-kata berikut, "...lebih baik aku mati di tangan kamu sekiranya kamu lebih mempercayai fitnah orang".
Namun si suami tidak mempedulikan kata-kata itu dan terus melepaskan beberapa das tembakan di dada mangsa yang kemudian rebah ke tanah, mengelupur kesakitan.
Difahamkan, mayat mangsa terus ditanam di sebuah kubur yang telah siap digali.
Post a Comment