Lelaki rogol remaja OKU dibakar sampai mati
Seorang lelaki yang dituduh merogol remaja perempuan OKU diserang dan dibakar oleh orang awam.
Polis dikerahkan ke lokasi kejadian di sebuah perkampungan di Limpopo, Afrika Selatan, di mana mereka mendapati mayat seorang lelaki yang sudah rentung terbakar.
Menurut penduduk tempatan, lelaki itu dituduh merogol seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang ketika itu sedang mengutip kayu api.
Jurucakap polis, Kolonel Moatshe Ngoepe berkata, mangsa sebelum itu bersama dengan seorang lagi wanita ketika diserang suspek. Tetapi berjaya melarikan diri meninggalkan mangsa dirogol oleh suspek.
Apabila penduduk kampung mengetahui kejadian itu, mereka mengajak suspek untuk berbincang tetapi perkara yang sebaliknya berlaku di mana suspek diserang sebelum dibakar.
Polis kini membuka kertas siasatan atas dakwaan membunuh dan meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai suspek tampil untuk membantu siasatan.
Tiada sebarang penangkapan dilakukan dan juga tiada suspek yang dapat dikenalpasti yang terlibat dalam kes membakar perogol itu.
Komisioner Polis Limpopo, Lt Gen Nneke Ledwaba menyelar tindakan ganas penduduk kampung dan meminta mereka menghormati undang-undang.
"Mereka yang terlibat dalam kejadian barbarik ini akan berdepan dengan tindakan undang-undang tanpa kompromi," katanya.
Sumber: Daily Mail
Post a Comment