'Sesak nafas, jantung berhenti berdegup 2 kali' - Pelajar nyaris mati kerana terlalu malas berjalan


Seorang pelajar lelaki berusia 21 tahun di Zhejiang, China hampir mati kerana gaya hidupnya yang tidak aktif yang memberi pengajaran buat dirinya untuk berubah selepas ini. 

Menurut laporan Sohu, pelajar berkenaan yang dikenali sebagai Ah Wah, baring di katil asramanya pada jam 11 malam dan bermain dengan telefonnya. 

Secara tiba-tiba dia terasa tekanan di bahagian dada membuatkan dia berasa lemas dan sukar bernafas. 

Mangsa cuba bernafas dan mujur keadaannya itu disedari oleh rakan sebilik yang terus menghubungi ambulans. 

Selepas 10 minit kemudian, ambulans tiba dan membawa Ah Wah (berat 90 kilogram) ke kenderaan itu. Paramedik cuba memberi rawatan awal tetapi Ah Wah tiba-tiba tidak sedarkan diri. 

Apabila tiba di hospital, pasukan perubatan memberi bantuan pernafasan (CPR) selama 10 minit dan akhirnya jantung Ah Wah berdegup semula. 

Ketika mereka mahu melakukan pemeriksaan bagi memastikan punca jantungnya berhenti berdegup, tetapi terkejut kerana jantung lelaki itu berhenti sekali lagi. 

Doktor pakar dikerahkan ke wad untuk memeriksa keadaan pesakit yang mengesahkan degupan jantungnya tidak normal dan tekanan darahnya juga sangat rendah. 

Pasukan perubatan profesional bergegas menyelamatkan nyawa lelaki itu biarpun memakan masa sepanjang hari bagi mengetahui punca penyakitnya. Ada segelintir doktor yang tidak menjamah makanan kerana mahu memastikan pesakit itu dapat diselamatkan. 

Akhirnya, mereka mendapati terdapat sejumlah besar darah beku di arteri pulmonari pesakit yang menghalang aliran keluar kardiaknya. Doktor segera memberi ubat antikoagulan kepada Ah Wah dan dia akhirnya bangun. 

Setelah sedar, Ah Wah menangis dan mengucapkan terima kasih kepada doktor yang bertungkus lumus menyelamatkan nyawanya. 

Menurut pengarah ICU yang mengendali kes Ah Wah berkata, pesakit menderita embolisme paru-paru yang mungkin disebabkan gaya hidupnya yang tidak aktif dan sihat. 

Difahamkan, Ah Wah mengalami seliuh kakinya sebulan lalu dan doktor menasihatkan dia untuk berehat di mana Ah Wah menggunakan alasan itu untuk tidak bergerak. 

Dia akan sentiasa mencari alasan untuk tidak keluar dari bilik asrama dan hanya tinggal di bilik sepanjang hari sambil bermain permainan video di telefon bimbit. Selain itu, Ah Wah juga akan meminta rakan sebiliknya untuk membeli makanan kerana dia terlalu malas untuk keluar sendiri. 

Selepas kejadian itu, Ah Wah menangis dan berjanji untuk menurutkan berat badan dan kekal sihat. 

No comments