Liat bayar 116 saman trafik, akhirnya lelaki Singapura ini terciduk, kena bayar RM28,000
Oleh kerana tiada pilihan lain, seorang lelaki warga Singapura yang ditahan kerana memiliki 116 saman trafik akhirnya akur dan terpaksa membayar saman tersebut yang berjumlah RM28,000.
Lelaki berusia 60-an itu yang memandu kereta Mercedes, ditahan di Muziam Tokong, Jalan Lingakaran kira-kira jam 4 petang dalamm Operasi Saman Tertunggak Warganegara Asing Ke-X (OSTWA 10) di Johor Bahru, petang Sabtu.
Lelaki terbabit antara 3,000 saman warga Singapura yang berjaya dikesan dalam operasi tiga hari di lokasi strategik di pintu keluar negara ini.
Bermula 1 Oktober ini, pesalah trafik Singapura yang disaman termasuk mempunyai saman tertunggak wajib menjelaskan bayaran saman berkenaan.
Sumber: Harian Metro
Post a Comment