Ibu 3 anak ditahan mencuri barang pasar raya, tetapi dibebaskan tanpa syarat
Seorang wanita (asnaf) ditahan kerana didapati mencuri pelbagai barangan termasuk ayam di sebuah pasar rarya di Seri Iskandar semalam, lapor Harian Metro.
Difahamkan, suspek yag berusia 31 tahun itu dalam proses perceraian dan mempunyai tiga anak kecil.
Suspek ditangkap oleh pengawal keselamatan pasar raya tersebut yang mendapati suspek mencuri barangan pasar raya bernilai RM80 dan diserahkan kepada polis.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, "Barang curi yang ditemui dan dirampas semula adalah satu bungkusan pek isian semula krim mandian, satu bekas serbuk lada hitam, krim muka, dua bungkus ayam BBQ dan satu paket kiub tulang ayam.
"Pemeriksaan mendapati wanita terbabit tiada rekod jenayah lampau serta dalam proses perceraian bersama suami yang berusia 35 tahun," katanya.
Semalam, tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Parit mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Bagaimanapun, pihaknya telah menghantar kertas siasatan yang lengkap kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya yang kemudian memutuskan tiada pendakwaan dilakukan terhadap tertuduh.
Sumber: Harian Metro
Post a Comment