'Orang tu ambik rantai Kakngah' - Budak diragut ketika berkunjung ke Jom Heboh Batu Kawan


Malang tak berbau, seorang kanak-kanak perempuan diragut oleh dua wanita berbadan gempal ketika berkunjung ke Jom Heboh di Batu Kawan baru-baru ini. 

Dalam kejadian yang berlaku pada Ahad lalu, ibu mangsa, Siti Haryani, hanya mengetahui kejadian yang menimpa anaknya, Anelia, selepas mendapati kanak-kanak itu menangis. 

KEJADIAN hitam di Jom Heboh Batu Kawan yang kami takkan lupakan sampai bila-bila. 29 September, Ahad, hari kami sekeluarga nak beriadah, berseronok, happy-happy tetapi sebaliknya yang berlaku. 

Rantai leher Anelia diragut di Jom Heboh. Baru saja kami sampai di sana, masa tu tengah jalan di bahagian orang jual barang satu beg RM10. Ada Jacker, Zess apa semua tu. 

Sedar-sedar Anelia menangis. Bila ditanya dia jawab, 

"Orang tu ambil rantai Kakngah" 

Baru perasan tengok di lehernya tak ada rantai dah. Merah, habis leher dia mengalami kesan rantai ditarik. Ya Allah, kesian anak aku. 

Jenguk-jenguk cari memang tak tahu siapa yang ambil. Gelabah Cikni dah macam apa kat sana. Nak menjerit, melolong pun tak guna. Peragut mungkin ada sebelah Cikni saja, tetapi kita tak tahu siapa dia. 

Suami Cikni pegang tangan Anelia pada masa itu. Orang memang ramai bersesak. Dengan bunyi bising speaker memainkan lagu, dengan bising penjual dok bercakap guna mikrofon. Pandai sungguh peragut mencari tempat dan masa. 

Rantai tak kisah, ada rezeki boleh beli lain. tetapi anak yang penting. Mujur tak mengalami luka apa, cuma ada kesan merah-merah dengan kesan kuku saja kat belakang. Kalau Cikni jumpa pelaku, Cikni cakar-cakar dia balik. 

Jom Heboh memang tak pernah depa mai. Sampai depa dah besar sikit ni baru jejak kaki. 

Ibu minta maaf kat Anelia. Kesian dia trauma, sampai balik ke rumah pun masih dok beritahu "Orang tu ambil rantai Kakngah, nanti kita habaq kat polis. Orang tu perempuan tak pakai tudung, orang tu jalan dua orang, orang tu gemuk. Orang tu rambut panjang," semua detail dia ceritakan. 

Wallahualam sama ada betul atau tidak gambaran yang dia berikan itu. Tetapi setiap kali tanya, dia akan mengulangi cerita yang sama. 

Semoga menjadi pengajaran buat Cikni dan semua yang ada anak dara. Kalau pakai barang kemas, bukalah sebelum pergi ke tempat sesak dengan orang ramai. Spesis jahat sekarang ni ada di mana-mana. Tergamak dia buat begini pada insan sekecil itu. 

Dan untuk pelaku, kami sekeluarga memang tak dapat buat apa. Tetapi ingat, Allah ada. Setiap perbuatan buruk pasti ada balasannya. 

Tolong doakan Anelia untuk lupakan kisah hitam ini ya. Hati-hati buat semua tak kira ke mana kita pergi. Orang jahat sedang memerhati dan menunggu masa terbaik untuk melakukan jenayah. 

No comments