Tiada kesan didera, bayi 3 bulan maut kerana kekurangan oksigen
Hasil laporan bedah siasat ke atas bayi berusia tiga bulan yang disyaki maut akibat didera ibunya yang dipercayai meroyan, mendapati mangsa meninggal dunia akibat kekurangan oksigen.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Mohd Jusoh berkata, pihaknya tidak menemui sebarang kesan penderaan pada mayat mangsa.
"Hasil bedah siasat akan diserahkan sepenuhnya kepada polis kerana kes masih dalam siasatan," katanya.
Terdahulu, mangsa disahkan meninggal dunia dipercayai didera oleh ibu kandungnya berusia 27 tahun di rumah mereka di Bandar Cheneh Baru, Kemaman, kelmarin.
Perkara itu disedari oleh bapa mangsa ketika pulang ke rumah untuk menghantar makanan kepada isterinya.
Ekoran kes itu, suspek ditahan reman selama seminggu untuk siasatan lanjut.
Sumber: Harian Metro
LAPORAN BERKAITAN
Post a Comment