Mazda potong, main tekan-tekan brek depan van
Susulan viral klip video dua lelaki bergaduh di plaza tol semalam, kedua-dua lelaki terbabit telah tampil membuat laporan polis.
Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Arifai Tarawe berkata, kejadian itu berlaku pada jam 4.30 petang di Plaza Tol Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Menurut beliau, seorang lelaki berusia 30 tahun memandu van dalam perjalanan dari Wangsa Maju ke Petaling Jaya, Selangor.
Namun sebaik tiba di Kerinchi Link, kereta Mazda yang dipandu lelaki berusia 38 tahun itu memotong van terbabit sebelum menekan brek di hadapan van tersebut.
Kedua-dua pemandu itu kemudian berhenti di plaza tol dan bergaduh. Akibatnya, pemandu van cedera di lutut dna muka, manakala pemandu Mazda cedera di kepala, tangan dan kaki. (2-3)
Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro
Post a Comment