(Video) Sumbat najis dalam mesin ATM dengan harapan mesin muntahkan duit


Seorang lelaki di Sichuan, China, ditahan pihak berkuasa selepas menyumbat najisnya di dalam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) kerana percaya tindakannya itu boleh mengeluarkan wang, lapor Shanghaiist. 

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di mesin ATM berkenaan di bandar Meishan menunjukkan suspek menuang minyak hitam ke dalam mesin itu sebelum cuba memasukkan beg plastik yang dipenuhi dengan najis ke dalamnya. 

Difahamkan, suspek telah mencuba keadah yang sama sebanyak tiga kali pada hari yang berlainan, namun kesemua percubaannya itu gagal. 

Sebaik saja percubaan ketiganya gagal, suspek yang dikenali sebagai Lu, ditahan pihak berkuasa. 


Apabila polis menyoal mengapa suspek menuang minyak motor dan menyumbat najis dalam mesin ATM, suspek menjelaskan dia pernah mendengar dengan melakukan perbuatan itu, mesin ATM akan terus rosak dan mengeluarkan wang tunai. 

Tidak dapat dipastikan dari mana sumber maklumat suspek tetapi kaedah itu tidak benar sama sekali.

No comments