'Kami tak peduli manifesto, saya personally undi PH kerana faktor Tun Dr Mahathir'
Setelah berakhirnya Pilihan Raya Umum (PRU) bagi sesebuah negara, kerajaan yang telah dipilih rakyat akan cuba sedaya upaya untuk melengkapkan manifesto mereka untuk kepentingan rakyat. Ada segelintir rakyat pula mula akan mempersoalkan sekiranya manifesto tersebut tidak dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin di dalam tempoh masa yang telah dijanjikan.
Umum mengetahui pada PRU yang lalu, parti Pakatan Harapan (PH) telah berjaya menawan hati rakyat Malaysia. Di sebalik meraikan kemenangan kerajaan baharu itu, ada beberapa pihak cuba mempersoalkan manifesto yang telah dijanjikan oleh pihak PH.
Selain daripada manifesto, ada juga yang turut membangkitkan isu perkauman apabila Lim Guan Eng dilantik menjadi Menteri Kewangan. Pelbagai lagi bentuk kritikan lain yang diterima oleh kerajaan baharu ini.
Di sebalik kritikan tersebut, Shikhin Ishak pula menyelar individu yang sibuk mempersoalkan pelaksanaan manifesto, isu perkauman dan mengkritik pemerintahan Tun Dr Mahathir. Bagi beliau, seharusnya kita menyanjung perjuangan dan usaha Tun Mahathir dan rakan-rakan yang mahu menyelamatkan negara.
PH 100 HARI
Saya yang undi PH haritu bukanlah ahli PKR, PPBM, Amanah ataupun DAP. Saya ahli UMNO. Saya tak pernah pangkah selain dari BN sebelum ni. Kami rakyat Malaysia yang undi PH sebab kami dah marah dengan Barisan Nasional (BN), UMNO dan Najib sebagai PM. Saya cuma nak kerajaan korup Najib tumbang. Kemuncak kemarahan saya dan rakyat Malaysia yang lain jelas bila PRU14 kerajaan BN tumbang dengan kekalahan paling teruk dalam sejarah pilihan raya Malaysia.
Kami tak peduli pasal manifesto. Saya personally, undi saya adalah sebab faktor Tun Dr Mahathir, faktor Najib. Saya memang kempen habis-habis dekat semua orang yang saya jumpa. Di office, di group WhatsApp, even dalam ETS hari nak balik mengundi pun saya masih kempen. Kempen cara sayalah. Tapi boleh dibanggakan sebab ada budak office cakap,
"Aku pergi mengundi hari tu salah satu sebabnya takut Kak Shikin marah"
Hahahahaha! Sekarang lihatlah pilihan kita, berbaloi tak? Manifesto itu manifesto lah. Kami yang undi PH ini tak hadap sangat nak jelaskan janji dalam manifesto itu satu-satu walaupun hari ini dah masuk hari ke-18 pasca PRU14, banyak janji yang sudah dikotakan.
Kerajaan sebelum ini dah banyak buat kerosakan. Saya masih tak faham kenapa ada orang masih boleh sokong Najib? Apa masih tak nampak ke segala musibah yang dia bawa? Masih ada yang mempermainkan usaha team Tun Mahathir nak selamatkan negara.
Ada saya baca komen-komen di media sosial masih mengungkit tentang skandal lama Tun Mahathir. Kenapa masa Najib perintah skandal Tun Mahathir tak dijaja? Bukan ke lebih senang nak dakwa dakwi dan selongkar segala harta Tun Mahathir semasa pihak sana sedang dalam kuasa?
Kalau betul Tun Mahathir pecah amanah, kenapa tak pesta ria SPRM panggil Tun dan konco-konco dia sampai 5-6 jam bagi keterangan? Kenapa tak sita handbag RM125 kepunyaan Tun Siti Hasmah? Hehe. Lagipun SPRM ketika zaman Najib semua orang dia, kenapa tak dakwa Tun Mahathir? Kenapa bila dah jadi pembangkang baru nak berbunyi? Jadilah pembangkang yang bijak, yang bagi manfaat kepada rakyat.
Puak lagi satu pula ambil pendekatan untuk diam. You know what I mean. Kata mereka, kami ada misi lain yang lebih besar. Apa misinya, entahlah. Ada la akar umbi bersuara sikit-sikit tapi sebab orang atas tak kata apa, so pakat diam. Walaupun jelas-jelas betapa bejatnya kerajaan sebelum ini, masih tak nak mengaku.
Yang hari-hari dimainkan adalah sentimen kaum dan agama. Orang Cina itu, orang Cina ini. Fahamilah, orang Cina juga rakyat Malaysia dan negara kita ada perlembagaan, ada Sultan dan Raja. Takkan semudah itu orang bangsa lain nak jual Malaysia. Kalau ada pun, orang sesama kaum yang jual Malaysia sebelum ni. Nampak ke nampak?
Faktor Tun Mahathir. Saya rasa orang yang dah berumur 93 tahun jika diberi pilihan dia nak duduk rumah tumpu akhirat saja. Tapi Tun Mahathir mungkin bagi dia ini juga perjuangan untuk akhirat beliau. Selamatkan negara. Kenapa kita yang masih muda asyik mengeluh minyak belum turun, toll belum, itu belum, ini belum? Tak malu ke kita?
I can’t be in Tun’s shoe to fully understand masalah negara dengan hutang yang banyak. But I understand bila Tun Mahathir cakap ini perjuangan terakhir beliau. Benar-benar terakhir. Saya pernah mimpi Tun Mahathir dah tak ada dan bangun pagi bantal saya basah dengan air mata.
PH 100 hari kami tak kisah Tun Mahathir. Tapi kami nampak usaha Tun Mahathir dan kawan-kawan yang lain untuk selamatkan Malaysia. Kami yakin Malaysia is in safe hands now. Saya memang fan Tun Mahahtir sebab buka mata je PM yang saya kenal adalah Dr. Mahathir dan saya suka cara kerja beliau. Ini bukan taksub. Kalau taksub tu bila pemimpin dah jelas-jelas korup ada duit cash berjuta di rumah dan korang masih sokong. Itu taksub.
Entahlah rakyat Malaysia ini, apa nak jadi. Saya add gambar Tun for this is how I’m gonna remember him. Cool, smiling and genius.
Sumber: Shikhin Ishak
Hai pandangan yang anda tahu ada mantra untuk memenangi cinta kembali dari bekas. Saya sudah melakukannya. Saya suka membaca tentang hubungan dan cara membuatnya berfungsi, bagaimana untuk memperbaiki hubungan, dan bagaimana untuk menjaga kehidupan percikan api, walaupun cara bercakap dengan mereka cara tertentu untuk membuat mereka berfikir cara yang berbeza tentang keadaan dan anda. Jika anda memerlukan nasihat atau mahu memenangi semula bekas anda, cubalah ini: augusmimi789@gmail.com salinan dan mesej yang berikut (augusmimi789@gmail.com) Ia akan mengubah mentaliti anda dan mendapatkan apa yang anda mahu.
ReplyDelete