'Ini semua terjadi di depan mata aku'


Setelah berakhirnya Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14), tumpuan rakyat kini beralih pula kepada berita penggeledahan barang bukti bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Proses siasatan yang memakan masa itu mendapat perhatian netizen dan kenalan rapat beliau. 

Rata-rata netizen melahirkan rasa simpati dengan keadaan bekas Perdana Menteri itu yang disifatkan tidak wajar diperlakukan sedemikian apatah lagi ketika menyambut bulan Ramadhan. 

Seorang kenalan rapat beliau juga turut memuatnaik gambar Najib yang tertidur di sofa sementara anggota polis yang lain sedang melakukan operasi. Kenalan beliau juga mengatakan sepatutnya bekas Perdana Menteri itu perlu dihormati dalam apa jua situasi.

Namun, pendapat dan luahan dari netizen disangkal oleh Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin. Beliau berpendapat apa yang terjadi kepada Najib hanyalah kerana mengikut siasatan berbanding Tun Mahathir yang telah ditarik hak keistimewaanya sebelum menjawat kembali jawatan sebagai Perdana Menteri. Beliau juga mengakui semua yang berlaku di depan matanya. 

‘EHSAN’ bekas Perdana Menteri ketika menjadi Perdana Menteri kepada bekas Perdana Menteri yang kini menjadi Perdana Menteri.
  1. Outrider ditarik balik.
  2. Kakitangan di pejabat ditarik
  3. Tukang masak 30 tahun ditarik
  4. Sewa pejabat ditarik 
  5. Organisasi-organisasi yang beliau terlibat ditekan sampai menyebabkan beliau sukarela letak jawatan
  6. Nama dipadam dalam sejarah
  7. Gambar diharamkan dipapar dimana- mana
  8. Semua bantuan diberi diugut
  9. Pesawat disabotaj
  10. Tun Dr Mahathir tiga kali disoal siasat termasuk Tun Dr Siti Hasmah. 
  11. Bodyguard ditarik




Ini semua depan mata aku. Kemudian, nak suruh aku kesian dekat kau yang baru kena geladah sikit kata "macam mana pun dia bekas Perdana Menteri dan ada jasanya".  Nasiblah bulan puasa.

P/S - Najib masih menerima outrider, masih dapat keistimewaan, tukang masak tak kena tarik. Cuma polis geledah sebab untuk kumpul bahan bukti sebab ada laporan polis. Semua untuk lengkapkan siasatan. Jadi?? Kenapa perlu menangis hiba kesian kat dia??

No comments