Bertengkar sebelum dicekik sampai mati
Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Mohd Faisal Mohd Noor berkata, reman terhadap suspek berumur 19 tahun yang juga bekas teman lelaki mangsa diperoleh di Mahkamah Majistret Port Dickson bermula hari ini hingga Khamis depan.
Beliau berkata, suspek ditahan di rumah sewanya pada 10.45 malam di Taman PD Idaman, Lukut selepas dipercayai mencampak mayat mangsa di tepi jalan.
"Pihak polis hanya mengambil masa 15 minit (selepas penemuan mayat mangsa) bagi menjejaki remaja tersebut dan suspek dibawa ke mahkamah pagi ini serta perintah reman tujuh hari diperoleh," katanya di Port Dickson, hari ini.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa keluar dari rumah sewanya di Taman PD Idaman selepas dijemput suspej dengan menaiki Proton Wira dan mereka dikatakan pergi ke satu lokasi berdekatan taman perumahan itu.
"Berlaku perselisihan faham di dalam kereta sehingga mangsa dicekik oleh suspek selama beberapa minit yang menyebabkan kematiannya," katanya.
Mohd Faisal berkata, menyedari mangsa sudah meninggal dunia, suspek yang ketakutan mencampakkan mayat remaja it di tepi Japan di Taman PD Permata sebelum ditemui orang awam," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sumber: Harian Metro
Post a Comment