6 resepi air detox semulajadi untuk kuruskan badan tanpa berbelanja lebih


Produk pelangsingan badan tidak asing lagi di pasaran tempatan. Produk tersebut kebiasaannya dibeli oleh individu untuk mendapatkan kesan yang cepat tanpa memikirkan kesan sampingan. Namun begtu, petua tradisional dan semulajadi lebih selamat dan terjamin untuk diamalkan.


RAMAI yang telah sedar untuk kuruskan badan secara semulajadi tanpa perlu bergantung kepada ubat kurus. Dikongsikan enam resepi air detox untuk kuruskan badan agar dapat membantu memberi inspirasi kepada anda untuk kuruskan badan dengan sihat tanpa berbelanja besar.


1. Timun + Limau + Lemon (Detox timun lemon)


Sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Timun, limau dan lemon mampu mengawal nafsu makan selain mengelakkan masalah perut kembung.


2. Teh Hijau + Daun Pudina + Oren (Detox teh hijau) 


Sangat berkesan untuk membakar lemak, melancarkan penghadaman, mengatasi sakit kepala dan bau mulut. Teh hijau pula memang terkenal dalam membantu meningkatkan metabolisme tubuh.


3. Timun + Lemon + Limau Nipis + Oren (Detox timun lemon) 


Sesuai untuk mereka yang sedang berdiet kerana timun, lemon, limau nipis dan oren membantu mengawal selera makan dan meningkatkan metabolisme tubuh.


4. Lemon + Daun Pudina (Detox lemon daun pudina) 


Kombinasi lemon dan daun pudina sesuai buat mereka yang sibuk dan aktif. Lemon dapat menyingkirkan toksin dalam badan manakala daun pudina pula membantu proses penghadaman. Ia sangat membantu menurunkan berat badan.  


5. Oren + Lemon + Limau Nipis (Detox oren lemon)


Sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan perut kerana oren dan limau nipis baik untuk sistem pencernaan. Lemon pula membersihkan sistem pencernaan. Berkesan untuk mengatasi masalah perut buncit.


6. Strawberi + Oren +Daun Pudina (Detox strawberry)


Air detoks campuran strawberi, oren dan daun pudina sangat baik untuk diamalkan. Hal ini kerana strawberi mampu mengurangkan kolesterol. Oren pula membantu mengatasi masalah sembelit manakala daun pudina pula mencegah masalah angin dan kembung perut.


Berikut merupakan cara-cara untuk menghasilkan air detox:

  1. Air masak / mineral 
  2. Potong buah 
  3. Masukan dalam satu bekas/jar
  4. Simpan dalam peti dalam 6 jam sebelum minum. 


Kebaikan air detox sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan kita sebab khasiat dari buah-buahan yang kita campurkan dalam air tesebut. Antara lain, air detox sangat bagus untuk individu yang sedang diet, dapat menambahkan metabolism badan serta kulit lebih cantik, muda dan tak berminyak.


Kesimpulannya, selain mengamalkan aktiviti yang sihat, individu juga boleh mengamalkan petua secara semulajadi tanpa mengeluarkan wang yang berlebihan semata-mata ingin tampak menawan. Biar lambat perubahan, asalkan sihat tubuh badan.


Sumber: Nieyla Husna

No comments