'Nampak alim bertudung tapi mulut, kalah mak joyah' - Lana Nodin selar individu kecam dia kongsi pengalaman Covid di Florida


Umum tahu pelakon Lana Nodin telah pulang ke negara asal suaminya, Amerika Syarikat, atas beberapa sebab-sebab tertentu yang berkaitan dengan keluarga mentuanya dan dipercayai akan mencari kediaman baharu dan seterusnya menetap di Florida.


Dalam kesempatan itu, pelakon berusia 41 tahun itu sesekali berkongsi mengenai keadaan di negara itu termasuk beberapa perkara yang berkaitan dengan SOP tatkala seluruh dunia masih dilanda Covid-19. 


Namun, ada followersnya yang berasa kurang senang dengan tindakan Lana yang dikatakan membuat perbandingan yang tidak wajar sehingga terlalu menampakkan dirinya membanggakan negara lain berbanding negara sendiri. 


Individu berkenaan juga meminta Lana terus menetap di negara asal suaminya dan usah kembali ke Malaysia.


"Kau tu yang (kena) wake up Lana. Jangan nak samakan dengan Malaysia. Jangan nak bangga sangatlah. Tak sedar diri lahir kat Malaysia, dok cuba banding-bandingkan pulak. Kau tak payahlah balik sini lagik, dok la di sana yang kau bangga-banggakan itu. Semaklah orang macam kau ni. Terlebih sudu dari kuah pulak," tulis individu tersebut. 



Kata-kata itu membuatkan Lana rasa kesal lalu memuat naik gambar individu berkenaan di Instastorynya secara terbuka. Dalam masa yang sama, Lana turut memberi penjelasan mengapa dia berkongsi mengenai pengalaman kes Covid-19 di negara itu. 


"Ni nampak alim bertudung, tapi mulut.. wah kalah mak joyah. Bila aku bagi pendapat share pengalmaan dengan kes Covid sana, ada je mulut, 'Eh kau duduklah sana diam-diam'. Kalau macam tu, kau tak payah tengok news luar negara! 


"Florida negeri ke, negara ke, point aku bukan nak suruh kau compare negara ke negeri, aku nak beritahu sini SOP macam mana, pasal vaksin orang vaksin ke tak, kes tinggi ke tak. 



"Bila aku share news kat sini, keadaan kat sini, ada je korang ni tak puas hati siap kata, 'Eh Lana, Florida tu bukan negeri la, bukan negara mana boleh compare'. Eh banggang, kalau dah tau compare la dengan KL dan Selangor atau mana-mana negeri kat Malaysia tu yang kes tinggi. 


"Florida ini pun besar, tapi itu bukan point aku nak bagitau BAHLOL! SINI VAKSIN KE TAK, vaksin ke, tak ada diskriminasi dan kes tak tinggi walaupun tak ada SOP langsung kat sini! Kau faham ke tak? Pergi sekolah ke tak? Ke nak suruh aku tulis panjang-panjang supaya kau faham?" katanya.


Bagi Lana, mana-mana individu yang tidak selesa dengan perkongsiannya sepatutnya menekan butan 'unfollow' dari berterusan menyakiti hati sendiri. Dia juga meminta netizen berhenti menjadi hipokrit dengan mengikuti Instagramnya hanya semata-mata untuk menghentamnya. 


Sumber: Instagram Lana Nodin

No comments