'Terkejut seorang lelaki tersepak budak di dasar kolam' - Kanak-kanak lemas di kolam dewasa tanpa dipantau ibu bapa


Di musim cuti perayaan ini, ada ibu bapa mengambil peluang untuk membawa anak-anak pergi bercuti. Salah satu tempat yang menjadi pilihan adalah negeri Melaka yang mempunyai pelbagai tempat menarik untuk dikunjungi. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan dan salahnya membawa anak beriadah di kolam mandi di pusat penginapan. 


Dalam satu kejadian baru berlaku pada hari ini, seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan lemas semasa bermain di kolam sebuah hotel di Melaka. 


Menurut Nik Azwan Mustapha, kejadian itu berlaku di depan matanya sendiri. Mangsa ditemui oleh seorang lelaki yang pada awalnya menyangka dia tersepak sesuatu di dasar kolam sebelum menyedari benda yang disepaknya itu adalah mangsa. 


"Kejadian betul-betul depan mata tadi. Mak dan ayah kanak-kanak ini tidak dapat dikesan selama 20 minit akibat terlalu ramai penunjung di musim cuti. 


"Terkejut seorang lelaki tersepak anak kecil perempuan ini di dasar kolam dewasa. Keadaan anak kecil sudah tidak sedarkan diri kerana lemas. Alhamdulillah 20 minit CPR dari orang awam, anak kecil ini kembali sedar. Mungkin dia baru lemas 2-3 minit sebelum ditemui," katanya. 



Ibu bapa yang membawa anak-anak bercuti dinasihatkan sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak terutamanya ketika bermain di kolam mandi bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang. 


Sumber: Facebook Nik Azwan Mustapha

No comments