Budak 5 tahun maut terjatuh dari tingkat 16 kondominium di Batu Caves, Gombak
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut akibat terjatuh dari tingkat 16 kondominium di Batu Caves, Gombak, pagi tadi.
Menurut ibu saudara mangsa, Fauziah Hanum Cik Ros, 36, berkata, dia menyedari kehilangan anak saudaranya pada jam 10.30 pagi selepas mendapati kanak-kanak itu tiada di dalam biliknya.
Ketika kejadian, dia sedang mandi dan mangsa dikatakan baru bangun dari tidur kerana tidur lewat. Namun, sebaik selesai mandi, dia tidak nampak kelibat anak saudaranya di dalam rumah.
Fauziah terus menghubungi ibu mangsa, Bella, yang ketika itu berada di luar. Tidak beberapa lama kemudian, Bella memaklumkan kepadanya yang mangsa berada di tingkat dua kondominium tersebut selepas diberitahu orang ramai bahawa ada kanak-kanak ditemui di lokasi itu.
Menurut Fauziah, anak saudaranya merupakan kanak-kanak yang aktif dan mempunyai seorang adik lelaki berusia empat tahun, yang juga berada di rumah semasa kejadian.
Difahamkan, ibu mangsa sepatutnya melangsungkan perkahwinan dengan teman lelakinya yang dikenali sebagai Am, berusia 20-an, pada Jumaat ini.
Sumber: Harian Metro
Post a Comment