'Saya mohon maaf bagi pihak adik, dia janji tak buat lagi' - Abang suspek rayu semua pihak padam video viral


Abang kepada salah seorang suspek yang terbabit dalam kes pukul seorang remaja perempuan dalam video viral dipercayai berlaku di Tanah Merah, Kelantan baru-baru ini, tampil memohon maaf bagi pihak adiknya. 


"Saya abang kepada adik kandung saya, memohon maaf di atas kelakuan, ketidaksopanan dia. Adik saya menyesal dengan perbuatan tersebut dan telah berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya lagi. 


"Adik saya telahpun diberi denda melakukan kerja-kerja amal," jelas abangnya yang dikenali sebagai Aiman Kulup. 


Terdahulu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusof memaklumkan pihaknya sedang menyiasat kes pukul tersebut dan setakat ini masih belum menerima sebarang laporan daripada mangsa kejadian. 


Menurut Aiman, adiknya kini terpaksa menanggung malu berikutan video dan gambar mereka yang terlibat viral di media sosial. 


"Kerja amal yang diberikan kepada adik saya, telah dilaksanakan. Kepada pihak atau ahli keluarga mangsa berkenaan, sila padam post korang. Hal ini membuatkan adik saya berasa malu," katanya. 



Sebelum ini, seorang individu yang dipercayai terbabit dalam kes itu tampil menjelaskan mereka memukul mangsa kerana memfitnah mereka tiada dara. 


Sumber: IRDK Kelantan 


LAPORAN BERKAITAN 

  1. (Video) 'Aku nak post, aku nak ugut dia' - Remaja ditolak, disepak sekumpulan remaja perempuan di pantai timur
  2. 'Kitorang marah sangat sebab dia tuduh kitorang dah tak ada dara' - Individu tampil ceritakan punca sebenar remaja perempuan dalam video viral disepak
  3. 'Kejadian berlaku di Tanah Merah' - Polis giat kesan 2 suspek pukul remaja perempuan

No comments