Pemandu langgar lampu isyarat sehingga menyebabkan kematian rider, positif dadah


Pemandu lori yang menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat di KM 121 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan pada Sabtu, 3 Mac 2021, telah direman selama empat hari untuk siasatan lanjut. 


Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, ujian saringan air kencing mendapati, pemandu berusia 35 tahun itu positif dadah jenis methamphetamine.


Pada hari kejadian kira-kira jam 7.10 pagi, suspek memandu lori dari Paya Pulai ke sebuah kilang didapati tidak memberhentikan kenderaannya di persimpangan lampu isyarat yang ketika itu berwarna merah. 


Tindakannya itu menyebabkan mangsa, Khairul Izmi Baharuddin, 44, yang menunggang motosikal membelok ke kanan dirempuh dan maut di tempat kejadian. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. 


Sumber: Sinar Harian


LAPORAN BERKAITAN

No comments