(Video) Lelaki muda nekad buat pembedahan plastik selepas panel interview mentertawakan wajah aslinya


Seorang lelaki Vietnam berusia 26 tahun mendakwa dia terpaksa membuat pembedahan plastik selepas ditertawakan ketika menghadiri temuduga kerja, disebabkan wajahnya. 


Pengguna Tik Tok, Do Quyen, banyak mendapat perhatian dari di media sosial selepas memuat naik gambar dirinya sebelum dan selepas menjalani pembedahan plastik. 


Berdasarkan gambar, sememangnya perubahan yang dilakukan sangat ketara membuatkan ramai netizen terkejut. Raut wajahnya amat berbeza berbanding wajahnya yang asli termasuk mata dan hidung. 


Do Quyen menjelaskan dia terpaksa melakukan pembedahan plastik itu selepas cuba mendapatkan kerja dan ditertawakan oleh panel interview hanya kerana wajahnya yang kelihatan tidak menarik.  Namun begitu, ramai yang tidak percaya bahawa itu adalah gambar dirinya. 


@quyen_do8

Trả lời @halfelf2309 ##howichange lúc trc Ngoại xấu thg bị chê bai thay đổi đê mình hoan hảo hơn ạ ##Thaydoi ##daythithanhcongkhongnhi

♬ feeling - Official Sound Studio


Do Quyen yang bekerja sebagai makeup artis di Saigon memberitahu followers Tik Tok yang dia menghabiskan lebih kurang 400 juta dong (RM70,403) untuk sembilan sesi pembedahan plastik termasuk pembentukan semula hidung, implan dagu, veneer gigi (porcelin), pembentukan semula bibir, pembedahan kelopak mata dan implan bibir. 


Peristiwa yang memalukan ketika menghadiri temuduga itu mendorong dia melakukan perubahan drastik tersebut. Keluarganya tidak begitu menyokong apa yang dilakukan dan dia terpaksa membiayai segala kos pembedahan plastik itu sendiri. 


"Kali pertama saya pulang ke rumah selepas melakukan pembedahan plastik, ibu dan ayah tidak mengenali saya," katanya. 


Do Quyen kerap memuat naik gambar dan video dirinya di Instagram dan Tik Tok, termasuk klip video yang menunjukan transformasi dirinya. Walaupun dihujani dengan pelbagai kritikan, Do Quyen tidak pernah menyesali keputusan melakukan pembedahan plastik dan berkongsi pandangan dengan followersnya yang mereka patut melakukan apa sahaja yang dirasakan selesa untuk diri sendiri. 


Sumber: Oddity Central

No comments