(Video) 'Macam sengaja, dipilih pula kereta BMW' - Taktik fake accident (China) untuk tuntut pampasan dah sampai Malaysia?
Tersadung atau memang sengaja jatuh depan kereta BMW? Itu persoalan netizen di media sosial setelah menonton video viral yang menunjukkan seorang lelaki dilanggar sebuah kereta sedan.
Menurut sumber, kemalangan itu berlaku pada Rabu, 17 Mac 2021 jam 11.14 pagi di Jalan Maharajalela, menghala ke pusat bandaraya Kuala Lumpur.
Video berdurasi 40 saat yang dirakam dari dashcam pemandu di jalan bertentangan menunjukkan, lelaki itu berdiri di atas pembahagi jalan untuk melintas jalan ke bahagian kanan.
Secara tiba-tiba lelaki itu terjatuh di tengah jalan dan dilanggar kereta jenis BMW yang tidak sempat mengelaknya menyebabkan mangsa terseret kira-kira 3 meter. Pemandu BMW kemudian mengundurkan kenderaannya dan tidak kelihatan kelibat mangsa di depan kereta itu.
Kemalangan itu menimbulkan banyak spekulasi antaranya ada netizen yang mendakwa lelaki itu sengaja berbuat demikian untuk mendapatkan wang segera dengan menuntut pampasan dari pemandu BMW.
Tidak kurang juga ada yang berkata, lelaki itu berkemungkinan mahu membunuh diri atau menuntut insurans. Sedangkan hanya beberapa meter di hadapan, telah disediakan jejantas untuk melintas jalan tetapi tidak dimanfaatkan.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati apabila ternampak kehadiran pejalan kaki yang mahu melintas jalan. Perlahankan kenderaan di lokasi dan tukar lorong sekiranya perlu bagi mengelakkan kejadian seperti ini.
Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS
Post a Comment