Penuntut Kolej ditemui maut, dipercayai terjatuh dari balkoni tingkat 12
Seorang penuntut kolej komuniti ditemui mati selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 12 di Flat Desa Rahmat, Isnin, 15 Mac 2021.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, mayat mangsa berusia 21 tahun itu ditemui pada jam 7 pagi dan disahkan telah meninggal dunia.
Siasatan awal mendapati, mangsa sepatutnya menghadirikan diri ke kelas pada jam 8 pagi setelah menjalani tempoh pengasingan sementara (Covid-19) selama seminggu di Politeknik Balik Pulau.
Menurut seorang saksi, dia ternampak mangsa berbual melalui telefon bimbit semasa berada di balkoni rumah. Saksi mengakui dia terkejut selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.
Difahamkan, mangsa sebelum ini menetap dengan ibu bapanya di Nibong Tebal. Tetapi dihantar ke rumah ibu saudaranya kerana kediaman itu lebih dekat dengan institut pengajiannya.
Ibu saudaranya berkata, mangsa tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik. Siasatan polis juga tidak menemui sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu.
Mayat dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sumber: Malaysia Gazette
Post a Comment