'3 kali dia masuk ke rumah lelaki ni' - Viral video Ketua Kampung dicekup berdua-duaan dengan lelaki lain tanpa seurat benang dalam bilik


Seorang ketua kampung wanita di Daerah Pasuruan, Jawa Timur dicekup suaminya ketika berdua-duaan dengan lelaki lain di dalam bilik tanpa berpakaian. 


Rini Kusmayati, 38, Ketua Kampung Wotgalih dicekup bersama pegawai bawahannya, Sujono, 35, pada 21 Mac 2021. 


Menurut laporan media tempatan, Rini pada awalnya keluar dari rumah seorang diri dengan menunggang motosikal jenis Honda Scoopy. Suaminya, Eko Martono, mula berasa curiga melihat gelagat isterinya itu kemudian mengekori Rini dari belakang dengan motosikal miliknya. 


Setelah beberapa minit perjalanan, Rini memberhentikan motosikalnya di sebuah rumah, iaitu rumah Sujono, dan terus masuk ke dalam ruamh dan mengunci pintu dari bahagian dalam. 


Eko yang semakin curiga dengan perbuatan isterinya itu, segera memanggil para penduduk di sekitar untuk memecahkan pintu rumah tersebut. 


Sebaik saja pintu dipecahkan, ternyata benar sangkaan Eko di mana dia teranmapak Rini dan Sujono berada di dalam bilik tanpa seurat benang. 


Ketika diserbu, Sujono cuba melarikan diri melalui pintu depan, manakala Rini pula melarikan diri melalui pintu belakang. 


Namun usaha kedua-duanya gagal apabila mereka berjaya dicekup oleh penduduk. Sujono sempat diroyal-rumble oleh penduduk yang berang kerana dia cuba melarikan diri. 


Tidak beberapa lama kemudian, polis tiba di tempat kejadian dan terus menahan Rini dan Sujono serta beberapa barang bukti seperti motosikal, kain cadar dan selimut di dalam bilik kejadian. 


Kes itu kini sedang disiasat oleh pihak Polis. 




Difahamkan, Rini baru setahun menjawat jawatan ketua kampung selepas menang dalam pilihan raya ketua kampung pada 23 November 2019. Rini dilantik secara sah bersama 239 ketua kampung dipilih rakyat pada 30 Disember 2019. 


Namun setelah beberapa bulan memegang jawatan itu, Rini mula menjalinkan hubungan dengan Sujono yang berusia tiga tahun lebih muda daripadanya sebelum berlakunya insiden yang memalukan itu. - Agensi

No comments