Nak masuk Sarawak? Buat Swab Test 3 hari sebelum berlepas, kemudian kuarantin 14 hari di Sarawak


Kerajaan Negeri Sarawak menetapkan, mana-mana individu yang mahu memasuki Sarawak bagi tujuan kerja perlulah menjalani ujian swab tiga hari sebelum berlepas dan menjalani kuarantin selama 14 hari sebaik saja tiba di negeri itu. 


Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, peraturan itu juga terpakai kepada pelawat yang mempunyai kebenaran dari pihak polis untuk memasuki negeri itu bagi tujuan lain. 


Sementara itu, Kerajaan Negeri Sarawak akan menanggung kos ujian swab dan kos kuarantin untuk rakyat kelahiran negeri itu. 


Dalam pada itu juga, rentas daerah masih tidak dibenarkan di Sabah dan Sarawak atas permintaan kerajaan negeri masing-masing. 


Berikut syarat keluar masuk antara Malaysia Timur dan Semenanjung Malaysia:

  • Dari negeri lain ke Sabah: Pelawat yang datang untuk tujuan kerja atau mendapat kebenaran daripada polis untuk perkara lain perlu menjalani ujian swab tiga hari sebelum berlepas. Tidak perlu kuarantin apabila tiba.
  • Dari Sabah ke Semenanjung: Tidak perlu ujian swab
  • Dari Sabah ke Sarawak atau Labuan: Ujian swab tiga hari sebelum berlepas.
  • Dari Sarawak ke Semenanjung: Tidak perlu ujian swab
  • Dari Sarawak ke Sabah dan Labuan: Ujian swab tiga hari sebelum berlepas. Tidak perlu jalani kuarantin apabila tiba.
  • Dari Semenanjung ke Labuan: Ujian swab tiga hari sebelum berlepas.
  • Dari Labuan ke Semenanjung: Tidak perlu ujian swab.

Sumber: MalaysiaKini

No comments